Tiada ibu yang mahu melihat anaknya hidup dalam kesusahan dan tidak menentu. Mereka pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Bukan hanya kita, haiwan juga mempunyai perasaan yang sama, mahu melihat anak mereka selamat dan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Sarah Kelly @kellyfosterkittens

Keadaan memang benar-benar memihak kepada keluarga kucing ini apabila sebuah kumpulan sukarelawan, Sparkle Cat Rescue di Burlington, North Carolina, telah menyelamatkan mereka daripada segala kesusahan dan ancaman bahaya tepat pada waktunya.

Menurut Stephanie Grantham yang merupakan Pengasas / Pengarah Eksekutif kepada kumpulan tersebut keluarga kucing yang terdiri dari ibu dan empat ekor anaknya datang dari kawasan kejiranan Whitsett, NC. Kucing-kucing itu kemudiannya dibawa ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan.

“Kami diberitahu bahawa anak-anak kucing tersebut berisiko untuk di eutanasia (perbuatan mematikan seseorang/sesuatu yang menanggung azab penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi dan atas dasar perikemanusiaan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan menanggung azab) kerana ibu mereka akan dirawat dan dikembalikan semula ke kawasan tersebut.”

Ibu kucing sangat bersifat melindungi dan tidak membiarkan anak-anaknya berada jauh daripada pandangannya. “Ibu kucing sayang akan anak-anaknya dan mahu mereka selamat.”

Sparkle Cat Rescue

Kristi, seorang sukarelawan Sparkle Cat Rescue yang dibantu oleh ibu angkatnya Sarah Kelly bergegas membawa kucing-kucing demi keselamatan mereka.

Selepas selesai semuanya barulah ibu kucing tersebut boleh tenang dan berbaring bersama anak-anak. Ibu kucing kelihatan faham bahawa mereka sekeluarga berada di tempat yang selamat.

Sarah Kelly @kellyfosterkittens

“Mereka berada dalam keadaan hangat, diberi makan serta selamat, dan itulah perkara yang paling penting.”

Sarah Kelly @kellyfosterkittens

Si kecil ini nampaknya adalah pejuang. Walaupun pada awalnya berada dalam keadaan buruk serta tinggal di jalanan, mereka berjaya melalui malam pertama di tempat baharu dan akan terus berjuang untuk terus hidup.

Sarah Kelly @kellyfosterkittens

Menurut Sarah lagi dia tetap berhubung dengan doktor haiwan bagi memastikan kucing-kucing tersebut sentiasa dalam keadaan selesa dan mendapat kesihatan yang baik.

Ibu kucing nampaknya sangat gembira dan sering dilihat memeluk anak-anaknya untuk memastikan mereka rasa selamat dan disayangi.

Sarah Kelly @kellyfosterkittens

Menurut Stephanie lagi ibu kucing ini sangat menyayangi anak-anaknya dan pasti keadaan menjadi buruk jika tiada orang yang datang untuk menyelamatkan sekeluarga kucing ini.

Sarah Kelly @kellyfosterkittens

Kerana adanya kumpulan penyelamat dan keluarga angkat yang baik, kucing-kucing ini akhirnya mendapat peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Mereka juga akan memastikan keluarga kucing tersebut akan sentiasa dijaga dan disayangi serta mereka tidak akan dibiarkan tinggal di jalanan lagi.

Tonton perjalanan badan sukarelawan menyelamatkan keluarga kucing ini di dalam video di bawah:

Sumber: LOVEMEOW, Love Meow/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular