KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu membatalkan pembelian bas Amphicoach atau dikenali dua alam meskipun sudah membayar RM2.7 juta untuk bas itu dengan baki pembayaran sebanyak RM336,350.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, berkata keputusan itu disarankan jabatan teknikal berkaitan selepas mendapati kenderaan itu tidak selamat digunakan di darat dan air kerana gagal memenuhi spesifikasi ditetapkan.

Bernama

Beliau berkata, bas berkenaan itu gagal mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut, di samping beberapa jabatan lain bagi membolehkan beroperasi di darat dan laut.

Faktor utama membatalkan pembelian ini ialah isu keselamatan dan masalah utama dihadapi ialah ‘overheating’ ketika ia beroperasi di darat dan air,jelasnya.

“Kerajaan negeri sudah menyerahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menilai spesifikasi kenderaan itu dan mendapati Amphicoach tidak direka bentuk dengan menggabungkan aspek keselamatan maksimum serta tidak menepati keperluan di darat dan air.

funtasticko.net

“Oleh kerana tiada penyelesaian, kerajaan negeri mengambil sikap menolak pembelian bas Amphicoach,” katanya yang dipetik Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, semalam.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, kontraktor gagal mematuhi syarat dan terma kontrak selaras Klausa 20 (a), Penamatan Penggajian Kontraktor, selain Amphicoach gagal mendapat kelulusan pendaftaran JPJ serta Jabatan Laut bagi membolehkannya beroperasi di darat dan air.

“Tempoh kontrak diberikan kepada kontraktor, Alam Perkasa Technology Sdn Bhd, ialah dari 1 Januari hingga 30 Ogos 2015 dan ia sudah lama berakhir,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau berkata, pihaknya sudah mengeluarkan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT) yang keenam pada 5 Oktober 2017 kepada kontraktor, dan tidak akan mengeluarkan EOT baharu.

“Kerajaan negeri kini menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang negeri untuk menyelesaikan isu bas berkenaan, terutama membabitkan pembayaran dan pemulangan wang selepas kontraktor gagal memenuhi skop kontrak.

“Hingga 31 Mac 2019 bersamaan kelewatan selama 542 hari, kontraktor perlu membayar Ganti Rugi Tetap (LAD) bernilai RM1,100 sehari membabitkan jumlah keseluruhan RM596,563,” katanya.

Youtube

Amphicoach diilhamkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mahu menjadikan bas itu sebagai tarikan baharu di negeri ini.

Kenderaan dua alam itu akan membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar raya ini sebelum menyusuri Sungai Terengganu, selain dimanfaatkan ketika banjir bagi memindahkan mangsa dari kawasan bencana.

Sumber: Berita Harian, Bernama

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular