Span pinggan merupakan antara alatan yang kerap kali kita gunakan untuk mencuci pinggan. Persoalannya, sejauh manakah tahap kebersihannya mencuci pinggan mangkuk anda setelah sekian lama menggunakannya?

Selain itu, apakah faktor utama yang diberi penekanan untuk menukar span pencuci pinggan? Adakah ia disebabkan oleh keadaannya yang sudah kotor? Sudah hampir hancur atau warnanya sudah menjadi gelap?

Mungkin anda tidak tahu, pihak Public Health Malaysia ada berkongsi fakta mengenai span pencuci pinggan lazimnya menjadi tempat pembiakan kepada jutaan bakteria berbahaya dan ia mungkin menjadi salah satu faktor kepada masalah cirit-birit yang dihadapi.

Public Health Malaysia

Ya, memang kita tidak dapat nafikan bahawa span merupakan antara alatan pembersihan yang popular digunakan ekoran kuasa penyerapannya. Maka, oleh sebab itulah, ia sering dipilih untuk mencuci pinggan, mangkuk, cawan, ada juga digunakan untuk mencuci botol susu anak, periuk, senduk, sudu dan garfu, serta pelbagai lagi perkakas dapur.

Namun, jika span yang sama digunakan untuk mengelap tumpahan minyak, cecair kotoran dan sebagainya di lantai, adakah anda yakin ia selamat dan cukup bersih untuk digunakan?

SmartLivingEnvironment

Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis kuman dan bakteria seperti acinetobacter, moraxella, chryseobacterium, dan kulat boleh melekat di span dapur rumah anda. Mungkin anda berpendapat bahawa sabun anti-bakteria yang digunakan untuk membasuh pinggan sudah cukup kuat untuk membunuh kuman dan bakteria yang disebutkan tadi.

Ternyata anda salah kerana kajian menunjukkan kuman tersebut masih lagi wujud walaupun ia direndam di dalam sabun. Ia juga boleh menjadi lebih kotor daripada kotoran di tandas!

Mengikut saranan, span pencuci pinggan harus ditukar setiap 3 minggu bagi mengelakkan masalah cirit-birit dan penyakit yang lain. Berikut merupakan tips yang boleh anda lakukan untuk membersihkan span:

1. Rebus span selama 5 minit

StopTheStomachFlu

2. Gunakan ketuhar gelombang mikro – rendamkan dalam campuran air dan cecair peluntur selama 2 minit

magicdon

3. Tukarkan dengan span yang baru – seminggu sekali lebih baik.

grist

Sumber: Public Health Malaysia

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular