Apa yang terlintas di fikiran anda sebaik sahaja mendengar perkataan ‘rodensia’? Pastinya, mereka telah mempunyai reputasi tertentu seperti golongan haiwan perosak dan menyerang tanaman.

Namun, mereka juga boleh menjadi haiwan peliharaan yang setia dan comel di rumah. Buktinya, anda tanya sahaja kepada pemilik hamster dan guinea pig. Mereka sangat comel namun segelintir pasti merasakan ia tidaklah terlalu cantik dan menawan.

VinodBhattu

Namun, pandangan anda mungkin bakal berubah setelah melihat spesies tupai yang sangat menarik. Ia dikenali sebagai tupai gergasi Malabar ataupun dipanggil Shekru di dalam bahasa India. Ia berasal dari India dan mempunyai bulu-bulu halus pelbagai warna.

Arshad.ka5

Mungkin sebelum ini anda telah melihat tupai kelabu Amerika ataupun saudara terdekatnya yang juga comel iaitu tupai merah Europen namun tupai Malabar sungguh unik dan istimewa. Mereka bersaiz besar – boleh menjangkau 3 kaki panjang, menjadikan mereka sukar untuk mengelakkan daripada ditangkap oleh manusia.

Raghu Peethambaran

Agak sukar untuk menemui tupai Malabar walaupun mereka bersaiz besar dan mudah dikenalpasti ekoran warna bulunya yang menarik dan terang. Hal ini kerana, kombinasi warna hitam, coklat, jingga, maroon dan ungu membantu mereka ‘bersembunyi’ di sekitar hutan, di mana mereka lazimnya akan melompat daripada pokok ke pokok.

27Abhay

Mungkin ia merupakan antara teknik mempertahankan diri buat mereka ketika diancam oleh haiwan lain seperti burung dan juga harimau bintang.

Manojiritty

Tupai jenis ini tidak begitu cerewet dengan makanannya dan akan memakan apa sahaja yang ada di atas pokok. Mereka akan menggunakan ekor mereka yang besar dan kuat untuk berayun sementara mencari kelopak bunga, kulit pokok, biji benih, serangga dan telur burung ataupun apa-apa sahaja yang ada. Mungkin ramai yang tidak tahu akan populasi tupai ini.

Gowthaman k.a

Difahamkan bahawa populasinya kian berkurangan namun masih belum tersenarai dalam kalangan spesies yang terancam. Akan tetapi mereka berhadapan dengan ancaman pemburuan oleh pemburu di India ekoran kecantikan warna bulunya. Habitat mereka juga terjejas dengan aktiviti manusia dan tupai ini juga tidak lagi didapati di sesetengah tempat.

Arshad.ka5

Seorang jurugambar amatur, Mohammed Farooq yang berasal dari Kodaikanal, Tamil Nadu, menceritakan pengalamannya, “Saya datang ke Kodaikanal pada tahun 1982 dan ketika itu pekan tersebut tidak ramai didiami oleh manusia dan persekitarannya masih lagi hijau. Saya sering nampak tupai tersebut namun makin lama, populasinya berkurangan. Namun pada suatu hari, diusia 34 tahun ini, saya terjumpa seekor! Ia merupakan sesuatu yang bermakna.”

Rakesh Kumar Dogra

Farooq berkata bahawa aliran migrasi penduduk ke pekan berkenaan bermula pada tahun 1990-an ketika lokasi itu menjadi pekan yang dilawati pelancong, menyebabkan populasi tupai itu menurun.

Namun, nampaknya tupai tersebut mula menyesuaikan diri dengan hidup bersama manusia. “Saya percaya mereka tidak diburu disini. Ramai orang di sini yang menghormati alam sekitar membuatkan populasi mereka kini bertambah. Tupai-tupai itu mungkin pulang semula ke sini.”

Ashutoshdudhatra

Taman Zoologi Rajiv Gandhi di Pune pula, tupai tersebut diternak di dalam sangkar untuk tujuan penyelidikan. “Kami mahu mengkaji mereka secara genetik,” kata pengarah zoo Rajkumar Jadhav kepada The Hindu. “Terdapat banyak kajian tentang harimau, tetapi begitu sedikit diketahui tentang haiwan yang lebih kecil seperti ini.”

Mereka turut mengkaji tingkah laku tupai Malabar untuk memahami jumlah mereka mengawan, tempoh kehamilan dan jangka hayat mereka.

N. A. Naseer

Selain itu juga, populasi tupai gergasi itu turut bertambah di Santuari Hidupan Liar Bhimashankar – kawasan khas yang dibangunkan untuk melindungi tupai Malabar. Hasil bancian mendapati bahawa jumlah mereka di santuari tersebut meningkat 8% di antara tahun 2015 dan 2016.

Nampaknya, tupai yang cantik itu kini mendapat penghormatan dan perlindungan yang sewajarnya di India, dan usaha itu diharapkan bakal bertambah daripada semasa ke semasa.

Sumber: boredpanda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular