KUALA LUMPUR:  Perbicaraan kes tujuh pertuduhan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC International) membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Mahkamah Tinggi bermula pagi ini.

malaysiannews.my

Najib, 66, hari ini menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram milik SRC International berjumlah RM42 juta.

Peguam Negara, Tommy Thomas, akan mengetuai pasukan pendakwaan yang dibarisi peguam kanan yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Datuk Sulaiman Abdullah dan Datuk V Sithambaran.

Manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan, dibantu peguam Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, Rahmat Hazlan dan Syahirah Hanapiah.

Pasukan itu turut dibantu DPP Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup, Budiman Lufti Mohamed dan Muhammad Izzat Fauzan.

Hari ini juga secara kebetulan merupakan hari bersejarah bagi Ahli Parlimen Pekan itu kerana mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-enam, 10 tahun lalu.

Perbicaraan kes berprofil tinggi yang ditunggu-tunggu ini akan dijalankan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada jam 2 petang dan petugas media mula memenuhi kawasan mahkamah.

Najib Razak/Facebook

12 Mac lalu, prosiding empat rayuan interlokutori Datuk Seri Najib Razak ditangguhkan berikutan peguam mewakili bekas Perdana Menteri itu retak pergelangan tangan selepas anjing peliharaan melompat ke atasnya menyebabkan beliau terjatuh.

Beliau akan menghadapi tujuh dakwaan berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Tiga daripada tujuh pertuduhan itu pertama kali didengarkan di Mahkamah Sesyen pada 4 Julai, tahun lepas, melibatkan wang sejumlah RM27 juta, RM5 juta, dan RM10 juta di antara 2014 hingga 2015.

Ahli Parlimen Pekan itu dipercayai melakukan perbuatan pecah amanah jenayah berkenaan di AmIslamic Bank Berhad, Kuala Lumpur.

Sumber: Berita Harian, Berita Harian, Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular