Ibu bapa yang memiliki anak-anak kecil pasti terfikir kenapa anak-anak sangat aktif dan tidak kenal erti letih atau penat, padahal ibu bapa sendiri yang penat melayan kerenah dan ragam anak-anak. Lebih-lebih lagi apabila bertemu kawan-kawan atau ketika berkumpul bersama sepupu sepapat ketika pulang ke kampung halaman.

AsianScientist

Sebenarnya ramai ibu bapa yang tidak tahu bahawa kajian saintis menerusi Journal Frontiers in Psychology mendapati bahawa kanak-kanak memiliki tahap tenaga setanding dengan atlet profesional dewasa.

Menurut saintis tersebut, tenaga kanak-kanak setaraf dengan tenaga atlet sukan endurance. Atlet endurance biasanya menghabiskan masa berjam-jam melakukan aktiviti yang berterusan, sama ada berlari, berbasikal, renang dan lain-lain lagi.

Freepik

Kanak-kanak menggunakan metabolisme aerobik. Proses metabolisme aerobik adalah proses tenaga metabolisme yang memerlukan oksigen dan prosesnya terjadi dalam mitokondria. Sistem ini menghasilkan tenaga yang besar, digunakan untuk aktiviti berdurasi lama. Oleh itu, proses ini membuatkan kanak-kanak tidak berasa penat ketika melakukan aktiviti berintensiti tinggi.

Kanak-kanak cepat mengembalikan tenaga selepas penat bermain

Selepas anak-anak puas atau penat bermain, kita akan berharap mereka akan berehat atau tidur lama. Tetapi, selalunya anak-anak akan hanya berehat sebentar dan kemudian meneruskan aktivinya.

Menurut kajian, kanak-kanak memiliki kebolehan untuk mengembalikan tenaga mereka dengan kadar yang sangat cepat.

Sebastien Ratel, Profesor Madya dalam bidang Fisiologi Latihan di Université Clermont Auvergne, Perancis menjelaskan bahawa kadar pemulihan degupan jantung yang direkodkan oleh kanak-kanak adalah lebih cepat berbanding atlet endurance profesional.

Freepik

Patutlah kanak-kanak kelihatan tidak penat bermain, memanjat, melompat, berlari dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau jika anak-anak anda aktif. Ini menunjukkan anak-anak anda sihat dan normal.

Namun jika anak-anak anda terlebih aktif atau hiperaktif, dari segi bahasa perubatan ia dipanggil Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)anda perlu rujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat profesional.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)anda boleh merujuk di portal rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber: HealthlineThe Telegraph

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular