KUALA LUMPUR: Kapal pelayaran mewah Equanimity milik ahli perniagaan kontroversi, Jho Low yang dirampas di perairan Indonesia tahun lepas berjaya dijual kepada Genting Malaysia Bhd, atau syarikat ‘special purpose vehicle’ (SPV) milik Genting, pada harga USD126 juta (RM514 juta).

The Coverage

Peguam Negara Tommy Thomas berkata, penjualan kapal itu dibuat selepas Mahkamah Admiralti Kuala Lumpur memberi kelulusan untuk menerima tawaran membeli Equanimity daripada Genting atas Terma-terma dan Syarat-syarat Syerif.

Equanimity disita oleh Jabatan Peguam Negara selepas didakwa mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tommy berkata, harga jualan USD126 juta akan dibayar oleh Genting Malaysia Bhd dan diterima oleh mahkamah pada penghujung April 2019.

Genting

“Ini bakal menjadi jumlah pemulihan daripada skandal 1MDB yang tertinggi setakat ini untuk Kerajaan Malaysia dalam jangka masa cuma lapan bulan dari tarikh tindakan ini dimulakan.

“Jumlah USD126 juta ini ialah tawaran terbaik yang diterima dalam tempoh lima bulan semenjak Oktober 2018, apabila Equanimity mula-mula sekali diumumkan untuk jualan,” katanya yang dipetik Astro Awani.

Tommy berkata, banyak tawaran yang telah diterima dalam tempoh tersebut, namun Genting telah menawarkan harga tertinggi dan menerima kelulusan daripada mahkamah.

Mahkamah akan memperoleh bayaran yang dibuat oleh Genting Malaysia Berhad menjelang penghujung April ini. Penjualan Equanimity bakal menjadi jumlah pemulihan skandal 1MDB tertinggi oleh kerajaan.

Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat sebelum ini meminta pihak berkuasa Indonesia menahan kapal tersebut yang ketika itu sedang berlabuh di perairan negara berkenaan kerana mengesyaki dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.

Bloomberg

Menteri Kewangan sebelum ini memaklumkan bahawa kerajaan membelanjakan sebanyak RM 14.22 juta sejak Ogos tahun lepas bagi menyelenggara kapal tersebut yang berlabuh di Langkawi ketika ini.

Jelasnya, tiada komisyen ejen yang perlu dibayar dan ia telah membawa kepada penjimatan sebanyak USD4.4 juta (RM17 juta).

“Kesannya, meskipun nilaian harga pasaran Equanimity oleh Winterbotham sebanyak USD130 juta tidak dicapai, namun pulangan bersih kepada kerajaan Malaysia ialah yang sebaiknya.

Beliau juga menyifatkan jualan kehakiman pada nilai USD126 juta itu sebagai “bersejarah” dari mana-mana segi pun.

“Jumlah ini merekodkan tanda aras yang tinggi bagi sistem kehakiman kita dalam hal memastikan nilai pasaran diperoleh daripada kapal yang dijual melalui proses mahkamah, tanpa sebarang diskaun,” tambahnya.

Tommy berkata, harga jualan sebanyak USD126 juta yang berjaya dicapai merupakan hasil daripada kepakaran dan kemahiran Kumpulan Perundangan yang mewakili Kerajaan Malaysia.

Katanya, Kumpulan Perundangan ini telah bertindak melangkaui tuntutan tugas mereka dengan bergerak untuk bertemu pembeli berpotensi di Hong Kong dan London, dan menanggung sendiri kos-kos perjalanan.

“Usaha mereka dilengkapi dengan kerjasama daripada Syerif Mahkamah yang tangkas dan mantap serta profesionalisme dan kesediaan Hakim Admiralti untuk bertindak dalam keadaan-keadaan yang amat luar biasa,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular