Saiz tubuh adalah sesuatu yang sangat dititikberatkan oleh kebanyakan orang. Ramai yang berpendapat bahawa kurus itu cantik dan tubuh yang ‘fit’ pula dapat menambah aura dan kekacakan seseorang.

Maka tidak hairanlah jika ditanya mengenai azam tahun baharu pasti ramai yang mengatakan mereka mahu mengurangkan berat badan.

Untuk mencapai matlamat itu mereka sanggup melakukan apa sahaja. Ada yang mengambil jalan sihat dan ada juga yang mengambil jalan singkat yang tidak sihat seperti mengambil makanan tambahan untuk menguruskan badan yang akhirnya menjejaskan kesihatan mereka untuk jangka masa panjang.

Zack Zakirin|Twitter

Oleh itu, ikuti cara yang betul untuk mendapatkan berat ideal anda seperti yang dilakukan oleh seorang pengguna Twitter, Zack Zakirin. Zack telah berkongsi cara bagaimana dia boleh menghilangkan 10 kilogram hanya dalam masa sebulan.

Menurut Zack sebelum ini berat badannya ialah 75 kilogram dan kini beratnya ialah 65 kilogram. Zack telah mengamalkan diet sihat iaitu dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan bersenam.

‘Eat clean’ yang Zack maksudkan ialah dia tidak makan makanan yang berminyak, makanan ringan, makanan segera, makanan berlemak dan makanan yang manis.

Untuk sarapan dia mengamalkan dua biji telur separuh masak atau pau kari ayam atau sebiji pisang. Bagi makan tengah hari pula dia makan separuh nasi putih bersama sayur atau ulam-ulaman serta ayam atau ikan yang direbus, dimasak sup atau dipanggang.

Zack Zakirin|Twitter

Bagi Zack, apa yang paling penting ialah elakkan makan kuah yang berlemak seperti kari. ‘Eat clean’ bermaksud anda sebenarnya tidak perlukan kuah dalam makanan. Memang sukar untuk menolak kuah yang berlemak kerana rasanya yang sungguh enak.

Oleh itu, untuk anda yang baharu berjinak-jinak dengan makanan sihat anda boleh memulakannya secara perlahan-lahan. Mulakan dengan mengurangkan kuantiti makanan yang diambil, contohnya ambil nasi separuh sahaja.

Bagi yang berpendapat makanan sihat adalah mahal, Zack turut menyertakan gambar hidangannya yang berharga kurang daripada RM10 supaya orang ramai boleh menjadikannya contoh.

Zack Zakirin|Twitter

Waktu makan juga adalah penting. Tukar waktu makan seperti makan malam. Cepatkan waktu dan hadkan kepada pukul 6 hingga 8 malam. Jika suka makan mi segera pada waktu tengah malam, tukar mi segera kepada buah.

Bagi anda yang gemarkan kopi pula, anda boleh mengambil kopi tanpa gula. Apa yang penting ialah berterusan dan anda akan boleh melihat hasilnya dalam masa seminggu dua.

Zack Zakirin|Twitter

Selain itu senaman penting dalam proses penurunan berat badan namun untuk melakukan senaman secara konsisten agak sukar. Oleh itu, sokongan atau motivasi amat diperlukan.

Bagi Zack motivasi lahir dari dalam diri sendiri. Jadi, dia menemukan motivasinya sendiri iaitu dengan memikirkan kata-kata wanita yang diminatinya. Antara kata-kata yang menjadi pembakar semangatnya ialah ‘macam mana you nak jaga orang yang you sayang, sedangkan diri sendiri pun you tak jaga?’

Zack Zakirin|Twitter

Zack menganggap kata-kata dari wanita tersebut sebagai motivasi buatnya dan sejak itu dia memulakan rutin senaman seperti kardio, joging, bermain ‘skipping’ dan berbasikal. Senaman yang dilakukannya adalah sekurang-kurangnya empat kali seminggu.

Menurut Zack, jika dia mahu melakukan ‘cheat day’ dengan makan makanan yang kurang sihat, dia akan menambah senaman supaya kalori dapat dibakar.

Zack Zakirin|Twitter

Sebaik sahaja anda sudah mendapatkan berat ideal yang dimahukan, anda boleh mula makan seperti biasa. Jangan tinggalkan senaman dan teruskan gaya hidup sihat. Jika Zack boleh, anda juga boleh!

Sumber: Zack Zakirin|Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular