Kaki dan buku lali membengkak adalah gejala yang sering berlaku di kalangan kita. Keadaan yang tidak menyenangkan ini biasanya berlaku disebabkan apabila seseorang itu berdiri atau berjalan buat masa yang lama, memakai kasut yang tidak selesa, ataupun ketika kehamilan. Tetapi dalam sesetengah kes, kaki dan buku lali membengkak adalah disebabkan terdapatnya masalah kesihatan yang lebih serius, yang tidak boleh diabaikan.

Masalah kesihatan di bawah akan menyebabkan kaki dan buku lali anda membengkak.

1. Saluran darah anda mungkin telah tersekat.

Juan Sharma / Witch, PacificCoastN / EAST NEWS

Apabila sistem saluran darah anda berfungsi dengan betul, injap dalam saluran darah tidak akan membiarkan aliran darah turun ke bahagian kaki. Semakin kita berusia, injap cenderung bekerja dengan lebih perlahan dan kurang cekap, dan menyebabkan darah banyak bertumpu di bahagian kaki.

Trombosis dalam urat darah adalah masalah lain yang berkaitan dengan urat darah yang boleh menyebabkan kebengkakan kaki. Gumpalan darah menghalang kembalinya darah dari kaki ke jantung, menyebabkan cecair berkumpul di bawah kaki anda.

Tanpa rawatan, keadaan ini mungkin berbahaya, kerana gumpalan darah ini boleh bergerak ke dalam tubuh badan anda, jika ia menjadi longgar. Sekiranya gumpalan darah beku ini melakukan perjalanan sehingga mencapai paru-paru, ia boleh menyebabkan embolisme paru-paru, malahan boleh menyebabkan strok iskemik jika darah beku ini menyekat arteri yang membekalkan darah ke otak.

2. Jantung anda mungkin tidak berfungsi dengan betul.

Depositphotos.com /Depositphotos.com

Bengkak kaki, atau edema, mungkin juga disebabkan oleh kegagalan jantung. Apabila jantung tidak mempunyai kuasa mengepam yang mencukupi, ia akan gagal untuk menolak darah dari kaki ke bahagian atas tubuh badan.

Injap jantung bocor mungkin salah satu daripada jenis kegagalan jantung yang menyebabkan kaki dan buku lali membengkak. Berhati-hati sekiranya anda melihat sebarang gejala penyakit jantung lain yang boleh merangkumi sakit dada, keletihan, dan sesak nafas.

3. Anda mungkin mengalami masalah penyakit buah pinggang.

 

Depositphotos.com

Salah satu fungsi utama buah pinggang kita adalah melupuskan bendalir tambahan dalam tubuh badan. Apabila buah pinggang tidak dapat memenuhi fungsi ini, cecair tambahan dan garam akan bertakung di dalam tubuh badan dan menyebabkan masalah kebengkakan.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh jangkitan saluran kencing yang merosakkan sistem saliran buah pinggang seperti ‘pyelonephritis’. Edema yang disebabkan oleh kegagalan buah pinggang biasanya berlaku di bahagian kaki dan di sekeliling mata.

4. Mungkin terdapat masalah dengan hati anda.

Depositphotos.com

Selain fungsi lain, hati menghasilkan protein yang dipanggil albumin. Protein ini mengekalkan cecair dalam aliran darah kita dan tidak membiarkan ia bocor ke dalam tisu badan. Sesetengah penyakit hati boleh menurunkan tahap albumin dalam darah dan menyebabkan cecair melepasi aliran darah ke dalam tisu badan. Dalam kes ini, kebengkakan mungkin tidak hanya berlaku pada kaki dan buku lali, tetapi juga di anggota badan yang lain.

5. Sistem limfa anda mungkin gagal mengalirkan cecair badan.

Depositphotos.com / Depositphotos.com

Bersama saluran darah, saluran limfa kita mengalirkan oksigen dan nutrien ke tisu dan organ serta mengeluarkan sisa dan karbon dioksida. Apabila saluran limfa tersumbat dan gagal untuk melaksanakan tugasnya seperti biasa, ini boleh mengakibatkan pembentukan cecair abnormal dipanggil ‘lymphedema’. ‘Lymphedema’ boleh berlaku akibat jangkitan, pembedahan, trauma, radiasi, rawatan kanser, dan faktor lain.

6. Ubat-ubatan yang anda ambil mungkin tidak sesuai.

kimkardashian/Instagram / Gambar Hiasan

Sering kali, bengkak di kaki dan buku lali mungkin disebabkan kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan. Ubat-ubatan ini termasuk NSAID, pil kontraseptif, steroid oral, dan lain-lain. Jika kaki anda membengkak secara tiba-tiba setelah mengambil ubat, cubalah untuk memikirkan sama ada ia mungkin berkaitan dengan pengambilan ubat tertentu.

jessicasimpson/Instagram / Gambar Hiasan

Jika kaki dan buku lali anda membengkak disebabkan oleh kasut yang tidak selesa atau berdiri terlalu lama, ini mudah dirawat di rumah dengan hanya mendapatkan rehat yang mencukupi dan meletakkan kaki anda pada kedudukan yang selesa. Sekiranya gejala-gejala tersebut tidak hilang selepas rehat yang lama, atau anda mengesyaki terdapat masalah kesihatan yang lebih serius, segeralah membuat temu janji dengan doktor.

Sumber : Bright Side

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular