Semua orang mahukan kesihatan yang baik dan sebagai dorongan untuk sentiasa kekal sihat ialah dengan memberi ganjaran sekiranya mereka berjaya melakukannya.

Sebuah syarikat insurans Prudential di Singapura telah menjalankan satu kempen hidup sihat dengan memperkenalkan satu cabaran kepada orang awam bersama tawaran tiket MRT yang akan diberikan secara percuma dengan syarat mereka berjaya melakukan gerakan senaman ‘squat’ dalam masa yang ditetapkan.

thexcollectivesg/Instagram

Gerakan ‘squat’ atau duduk secara bertinggung atau bercangkung adalah satu latihan senaman asas yang penting bagi membantu seseorang itu membina otot yang cantik di bahagian peha, pingggul, punggung, ‘quad’ dan ‘hamstring’. Cabaran ‘squat’ perlu dilakukan oleh penumpang MRT di booth gerakan ‘squat’ yang disediakan di stesen  MRT terpilih.

Prudential Singapore/Facebook

Setiap penumpang yang mahu menyahut cabaran perlu melakukan 20 ‘squat’ dalam masa 40 saat dengan gerakan sempurna yang akan diadili oleh mesin di booth yang menggunakan teknologi AI. Sekiranya seorang pencabar berjaya menyelesaikan gerakan senaman ini dalam masa 40 saat atau kurang, maka satu tiket MRT percuma akan diberikan.

The Independent

Menurut laporan Coconuts, cabaran #DOsquatschallenge ini bukan sahaja akan membantu warga Singapura menjadi lebih sihat, tetapi juga menimbulkan kesedaran akan gaya hidup sihat dan jenama insurans itu sendiri menerusi media sosial.

Must Share News

Menurut Ketua Pegawai Pelanggan Prudential Singapura, Goh Theng Kiat, kempen ini dilakukan dengan harapan ia akan dapat menggalakkan warga Singapura sentiasa kekal sihat sehingga dapat meningkatkan jangka hayat kehidupan mereka.

Cabaran ini akan berakhir pada 14 April 2019. Semoga Prudential Malaysia juga akan turut melakukan perkara yang sama.

Sumber : Must Share News, Coconuts

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular