Sentuhan magis seorang adik lelaki berjaya mengubah penampilan kakaknya membuatkan orang ramai yang melihat perubahan itu terkesima!

Muhammad Isma Danial yang berusia 22 tahun tidak melepaskan peluang untuk mentransfromasikan kakaknya dengan harapan agar kakaknya yang mahu memakai hijab mempunyai imej yang baharu.

“Kami sedang makan malam dan kakak kesayangan saya memberitahu bahawa dia mahu mula memakai tudung dan mahu belajar memakai mekap sendiri kerana dia baharu sahaja dinaikkan pangkat,” jelas Isma.

Dia juga mendedahkan bahawa dia sebagai adik yang paling rapat dengan kakaknya, sangat gembira dengan berita itu dan mahu membantunya mengubah penampilan.

Satu rakaman yang tular menunjukkan Isma sedang memakaikan mekap di wajah kakaknya yang secara tidak langsung menunjukkan transformasi hebat secara perlahan. “Mentransformasikan kakak saya, Effa. Dia bekerja sebagai pelatih pengawal keselamatan.

Sebelum merakamkan video ini, dia berkata bahawa dia mahu mula memakai tudung dan belajar memakai mekap. Jadi saya menawarkan diri untuk mengubah penampilannya.”

Hasil bantuan Isma, kakaknya kelihatan sangat menawan. Orang ramai turut memuji tindakan Isma selain memuji perubahan penampilan kakak kesayangannya.

@danialzainnn|Twitter

Syabas Isma kerana telah membantu merealisasikan impian kakaknya untuk berasa lebih yakin dengan penampilannya.

Jangan lupa saksikan video tersebut di bawah:

Sumber: mStar, @danialzainnn|Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular