Kehilangan ahli keluarga mahupun orang yang kita sayangi adalah satu kenyataan yang amat sukar untuk diterima. Tetapi bayangkan betapa sukarnya hidup lelaki ini kerana dia mengalami masalah hilang ingatan dan sentiasa lupa bahawa abang kandungnya telah lama meninggal dunia…

Lelaki bernama Earl yang berasal dari Memphis, Tennessee ini akan melupakan kejadian itu setiap hari disebabkan oleh keadaannya yang hilang ingatan jangka pendek. Dalam erti kata lain, dia tidak mampu mengingati apa-apa maklumat baharu dan terpaksa diberitahu berulang-ulang kali.

Menurut Inspire More, Earl tinggal di sebuah pusat kebajikan yang terletak di sebelah kedai menggunting rambut. Marlo Matthews adalah salah seorang tukang gunting rambut dan akan menggunting rambut Earl setiap minggu. Jadi, setiap kali bertemu dengan Earl, Marlo akan memberikan perkhidmatan secara percuma kepada Earl.

Facebook

Hal ini demikian kerana sewaktu abang Earl masih hidup, dia sentiasa tolong membayarkan harga perkhidmatan menggunting rambut untuk Earl.

“Abang Earl sering datang ke kedai dan membayar secara mingguan untuk menggunting rambutnya. Kemudian, Earl akan datang dan bertanya sama ada abangnya telah membayar dahulu untuk pihaknya. Saya akan sentiasa berkata ya,” kata Marlo.

Facebook

Ketika gambar tersebut diambil, sudah lima tahun pemergian abang Earl dan sejak itu, tidak pernah sekali pun dia meminta wang daripada Earl. Marlo percaya ada perkara yang jauh lebih baik berbanding wang ringgit semata-mata.

“Saya akan sentiasa berkata, Ya encik, hutang anda telah dibayar. Kemudian saya memotong rambut.. Saya tahu abang Earl sedang berada di syurga dan melihat kami. Itu sudah mencukupi”.

Kebaikan hati Marlo sememangnya memberikan inspirasi buat kita semua agar sentiasa berbakti sesama manusia dan membantu insan yang dalam kesusahan. Sesungguhnya, harta dunia itu tidak akan menjamin kebahagiaan buat selama-lamanya.

Sumber: Inspire More , Marlo Matthews|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular