Pada masa kini, memilih tema untuk majlis perkahwinan adalah sesuatu kemestian. Ada yang menyukai konsep moden, ada yang suka tema berkonsepkan taman dan tidak ketinggalan ramai juga yang kekal menggemari konsep atau perkahwinan yang bertemakan tradisional. Daripada tema yang dipilih itulah akhirnya bakal pengantin mendapatkan idea untuk hiasan, busana, pelamin, hidangan hinggalah kepada ‘goodies’ buat para tetamu.

Seorang pengguna Facebook, Fitrin Ruslee telah berkongsi sebuah majlis perkahwinan yang berkonsepkan Melayu klasik 50-an. Dengar sahaja tentang tema tersebut pasti sudah membuatkan ramai yang tertanya-tanya dan ada juga yang teruja melihat apa yang berlaku ketika itu. Bagi warga tua yang pernah hidup ketika zaman itu pasti majlis ini akan mengembalikan semula nostalgia lalu!

Suasana di sekitar majlis perkahwinan yang bertemakan zaman 50-an

Majlis perkahwinan pasangan Zaid Zarfan dan Fyzaa Absan ini telah berlangsung di Perak dan menyaksikan semua elemen dibuat mengikut tema. Menariknya lagi ialah tetamu yang datang turut berpakaian mengikut tema!

Hidangan ala kampung

 

Selain pakaian dan hiasan, perkara unik yang diketengahkan dalam majlis perkahwinan ini ialah ‘goodies’ untuk tetamu iaitu tebu!

Kumpulan gadis yang ayu dan menawan

Persembahan untuk ‘raja sehari’ juga unik dan menarik

 

Pasangan mempelai duduk di pelamin nan indah bagai Raja dan Permaisuri

Pengantin diarak dengan menggunakan tandu

Tetamu yang hadir turut mengikut tema majlis!

Sumber: Fitrin Ruslee

Maybe you're interested :

Share

Video Popular