Kita sering mendengar kisah-kisah mengenai pekerja GrabFood terutamanya yang merupakan golongan kelainan upaya (OKU) bekerja bersungguh-sungguh demi meraih pendapatan.

Ternyata segala usaha mereka menjadi inspirasi kepada masyarakat khususnya mereka yang memiliki kesempurnaan fizikal untuk tidak mengaku kalah walau apa jua halangan menimpa.

Sedangkan mereka yang hilang keupayaan pun masih berusaha sehabis mungkin demi menikmati kehidupan normal, mengapa tidak anda yang sihat fizikal dan mental?

Sumaiyah merupakan salah seorang pekerja GrabFood yang menjadi tular baru-baru ini kerana sanggup menempuh perjalanan sejauh 7 km dengan menggunakan kerusi roda demi menghantar pesanan minuman seorang pelanggan.

Facebook/Shahril Jantan

Kisah ini telah dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Shahril Jantan yang telah menempah pesanan teh susu coklat dari I-Tea untuk isterinya melalui aplikasi GrabFood Singapura. Menurutnya, pekerja GrabFood berkenaan telah mengambil pesanan di Tampines sebelum bergerak ke rumah Shahril yang terletak di Bedok Reservoir.

Jelas Shahril lagi, jarak perjalanan di antara Tampines ke rumahnya mengambil masa selama 10 hingga 12 minit jika menggunakan kereta manakala basikal pula memakan masa selama 15 ke 20 minit.

Namun demikian, setelah 30 minit menunggu, pesanannya masih belum sampai dan hal ini membuatkan Shahril tertanya-tanya di manakah pekerja GrabFood itu berada. Justeru, Shahril telah melihat pergerakan pekerja berkenaan melalui aplikasi dan mendapati ianya bergerak dengan agak perlahan daripada apa yang dijangkakannya…

“Waktu itu saya tertanya-tanya, adakah pekerja itu berjalan kaki, bukannya menggunakan kenderaan?”

“Akhirnya, apabila ikon pekerja itu masuk ke kawasan kediaman saya, saya perasan dia terlepas jalan dan masuk ke tempat letak kereta dan hal ini membuatkan saya gelisah. Saya lihat ke luar tingkat untuk mencari pekerja itu dan tiba-tiba ternampak sesuatu yang membuatkan saya terkedu,” tulis Shahril lagi.

Pada ketika itulah baru Shahril menyedari mengapa pesanan minuman yang ditempahnya tiba agak lewat. Hal ini kerana pekerja yang bertugas menghantar pesanannya itu merupakan seorang OKU yang bergerak menggunakan kerusi roda elektrik. Setelah melihat pekerja itu, Shahril bingkas keluar rumah untuk menemui pekerja berkenaan.

Facebook/Shahril Jantan

“Saya pergi ke arahnya apabila dia sampai di lif dobi dan hati saya rasa sayu. Saya sempat berbual seketika dengannya dan bertanya adakah dia bergerak dari Tampines ke rumah saya dan dia mengangguk.”

Sebaik sahaja pesanan minuman diserahkan, Shahril segera membuat pembayaran melalui GrabPay. Jelasnya, dia berasa sangat terkejut dan terkedu…

“Ketabahan yang ditunjukkannya melebihi keupayaan dirinya sendiri. Semoga Allah memberikan kekuatan, harapan dan murahkan rezekinya agar sentiasa menjadi inspirasi kepada orang yang sempurna seperti saya dan anda semua.”

“Terima kasih Sumaiyah.”

Perkongsian yang dimuat naik pada 28 Mac ini menerima sehingga 18,000 tanda Suka dan 14,000 jumlah kongsi.

Sumber: Facebook/Shahril Jantan

Maybe you're interested :

Share

Video Popular