TOKYO: Kerajaan Jepun mengumumkan empayar baharu selepas Maharaja Akihito menyatakan hasrat untuk turun takhta pada akhir bulan ini, yang dikenali sebagai ‘Reiwa’ membawa maksud bertuah dan harmoni.

Memetik The Guardian, perkataan ‘Reiwa’ menggabung dua perkataan, iaitu Rei yang bermaksud bertuah, manakala Wa sering diterjemahkan sebagai kedamaian atau harmoni.

Menurut laporan, kerajaan dijangka memberi penjelasan mengenai makna di sebalik perkataan itu, termasuk dalam bahasa Inggeris tidak lama lagi.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga dalam satu sidang media khas berkata, satu mesyuarat Kabinet telah diadakan bagi membincangkan nama untuk empayar baharu dan cara sebutan yang tepat.

Dalam sidang media berkenaan Yoshihide turut menunjukkan kertas putih tertera Reiwa yang ditulis menggunakan kaligrafi tradisional.

Pengumuman tersebut selepas sembilan lagi ahli Kabinet termasuk pemenang anugerah Nobel, Shinya Yamanaka yang bersetuju meletakkan nama Reiwa selepas mengemukakan lima pilihan oleh ahli Kesusasteraan Klasik Jepun dan China.

Walaupun takwim Gregory digunakan secara meluas di Jepun, kalendar empayar turut dipakai di negara matahari terbit itu, dan pengumuman nama era baharu berkenaan memang amat dinanti-nantikan rakyatnya.

“Kami berharap nama era baharu ini diterima oleh seluruh rakyat Jepun,”katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Shinzo Abe berkata, istilah yang diguna pakai itu ‘melambangkan budaya bangsa yang mendalam serta tradisi lama.

“Negara kita berdepan dengan titik perubahan yang besar, tetapi terdapat banyak nilai Jepun yang tidak seharusnya hilang. Kami sangat berbangga dengan sejarah, budaya dan tradisi kami, dan istilah ini mengungkapkan Jepun baru, yang kami mahu bina untuk generasi akan datang,”ujarnya.

Pada 2016, Maharaja Akihito, 85, memberi bayangan untuk turun takhta ketika berucap di sebuah televisyen dengan menyatakan baginda bimbang dengan usia selain keadaan semakin moden yang sekali gus menghalang keupayaan untuk elaksanakan tugas-tugas rasmi.

Maharaja Akihito bakal melepaskan jawatan pada 30 April ini, dan anaknya, Putera Mahkota Naruhito akan mengambil alih takhta pada 1 Mei, sekali gus menandakan bermulanya era baharu.

Sumber: The Guardian, NSTmforum.cari.com

 

 

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular