Pernahkah anda memberi kejutan hadiah kepada ibu bapa dan ia membuat mereka berasa tersentuh? Di Xinbei, Tucheng , seorang netizen wanita bernama Dong Dong Er menulis motosikal bapanya sudah uzur dan telah ditunggang ke sana ke mari selama 10 tahun. Motosikal lama itu sering meragam apabila ditunggang, malah lampu dan breknya juga tidak lagi mampu berfungsi dengan baik.

Kerana bimbang akan keselamatan bapanya di jalan raya, netizen ini dan dua orang kakaknya telah merancang untuk membuat kejutan buat bapa mereka dengan menghadiahkan sebuah motosikal model baru jenama Yamaha.

Untuk membuat kejutan itu, netizen ini dan kakak-kakaknya telah berpura-pura meminta bapa mereka untuk membantu mengangkat bungkusan yang berat di tepi jalan.

Sambil mengeluarkan telefon pintarnya, netizen ini telah merakamkan reaksi bapanya apabila mereka membawanya ke arah ‘bungkusan’ itu. Dia menjadi keliru melihat sebuah motosikal baru di hadapannya.

Apabila mereka memberitahu, motosikal baru itu adalah miliknya, bapa ini berasa tidak percaya sambil berkata, “Tipulah…” Sehinggalah kunci motosikal itu diserahkan ke tangannya.

Bapa ini bertanya lagi , “Kamu belikan untuk ayah ke? Betul ni?”

Akhirnya, si ayah baru mempercayai yang motosikal comel ini adalah hadiah pemberian anak-anak perempuannya.

Selepas diminta oleh anak perempuannya, bapa ini baru pergi ke arah motosikal itu dan menghidupkan enjinnya yang senyap sambil mengukir senyuman. Anak-anaknya tidak dapat menahan ketawa di belakang kamera apabila melihat kegembiraan bapa mereka yang amat comel.

Selepas itu, motosikal baru ini dibawa pulang ke rumah. Bapa ini juga sering melihat rakaman reaksinya menerima hadiah itu yang telah dihantar oleh anak perempuannya di dalam telefon bimbit. Ada kalanya dia menonton video itu di dalam tandas dan menangis sendirian kerana berasa terlalu gembira memiliki anak-anak yang baik.

Pada keesokan harinya setelah menerima hadiah motosikal baru, bapa ini dengan riang dan gembira telah menunggangnya ke tempat kerja.

Lihat rakaman video ini di bawah.

coolcoolcool79/ YouTube

Sumber : coolcoolcool79/YouTube , Cocomy

Maybe you're interested :

Share

Video Popular