BATU KAWAN-  Selepas dua minggu IKEA Batu Kawan beroperasi di utara tanah air, keadaan ruang pameran perabot dari bertukar menjadi sesuatu yang menyedihkan.

Ruang pameran yang dihias rapi dan boleh memberi inspirasi kepada pengunjung untuk menghias kediaman bertukar menjadi sesuatu yang memedihkan mata selepas disalahguna.

Gambar Hiasan

Menurut seorang pengunjung, Kelvin Soon, yang mengunjungi ketika majlis pembukaan itu menyifatkan keadaan huru-hara yang berlaku di ruang pameran perabot moden itu.

Dia yang meluahkan isi hatinya menerusi laman Facebook peribadinya, menyatakan perbuatan tersebut sangat memalukan sambil menyalahkan sistem pendidikan di negara kerana tidak berjaya melahirkan individu yang bertanggungjawab dan tiada kesedaran sivik.

“Keadaan yang berlaku di IKEA tidak ubah seperti keadaan rumah selepas dirompak, sangat memalukan, keadaan sofa, katil dan kerusi tidak mampu memberi inspirasi kepada pengunjung untuk mengemas, ia menyerupai bilik yang tidak diurus dengan sempurna,” katanya menerusi laman facebook peribadi.

Dalam masa sama, Kelvin juga melihat pengunjung turut melakukan vandalisme dengan merosakkan perabot  termasuk menconteng di dinding ruang pameran berkenaan.

Kelvin juga menegaskan walaupun rakyat di negara melangkah ke Malaysia Baru, namun mentaliti rakyat di negara ini masih tersekat di zaman lama.

“Wahai rakyat Malaysia, marilah kita berubah ke arah yang lebih baik, ini bukan dunia negara ketiga yang berkelakuan seperti ini, tolonglah berubah dan beri perhatian,” ujarnya yang mengakhiri luahan hati.

IKEA, yang beroperasi di bandar Cassia memulakan operasi pada 14 Mac lalu.

Ruang pameran perabot yang pertama di Utara tanah air, dibina dengan keluasan 470,146 kaki persegi, gedung berkenaan menyediakan 49 bilik pameran berinspirasikan ala Sweden.

“Dengan pasukan kami yang terdiri daripada 300 rakan sekerja IKEA, kami bersedia merealisasikan visi untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik kepada orang ramai.

“IKEA menawarkan lebih 8,000 kemasan kediaman rekaan Sweden yang bermutu dan mampu dimiliki kepada pelanggan setia IKEA di wilayah utara dan Pulau Pinang,” kata Pengurus Stor IKEA Batu Kawan, Pathmalingam Arumugam, yang dipetik Berita Harian.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Sumber: World of Buzz, Berita Harian

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular