Seorang remaja dilaporkan meninggal dunia kerana terdapat ratusan larva dan cacing pita di dalam otaknya yang berpunca daripada daging khinzir yang kurang dimasak yang dimakannya.

Gambar Hiasan/Food Safety News

Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital. Menurut doktor yang merawatnya di hospital ESIC di Faridabad, India remaja tersebut mengalami kekejangan akibat jangkitan di otaknya.

Imbasan MRI yang dilampirkan di dalam New England Journal of Medicine menunjukkan specks putih di sekitar otaknya, yang menunjukkan di mana sista telah terbentuk.

Nishanth Dev, S. Zafar Abbas, New England Journal of Medicine

Dia sebelum itu mengalami kesakitan di pangkal paha, berada dalam keadaan bingung serta mata kanannya bengkak akibat sista tersebut. Memandangkan jangkitan Taenia solium seperti yang dihidapinya tidak dapat dikesan selama bertahun-tahun telah menjadikan jangkitan tersebut sangat berbahaya. Di samping itu, jangkitan tersebut juga dikatakan boleh menyerap segala nutrien yang ada di dalam usus mereka yang menghidapnya.

Cacing pita tersebut juga boleh bergerak ke bahagian badan yang lain dan hal ini membolehkan mereka membiak melalui telur.

Akibatnya, cacing pita boleh merosakkan tisu dan membentuk sista sejenis penyakit yang dikenali sebagai cysticercosis. Ia juga boleh menyebabkan epilepsi jika sista membentuk neurocysticercosis di dalam otak. 

Ilustrasi gambar sejenis cacing pita dewasa. (Kredit: Wikimedia Commons)

Walaupun ubat-ubatan anti-parasit biasanya digunakan untuk merawat jangkitan, doktor mengatakan bahawa remaja tersebut mempunyai begitu banyak sista sehingga menyebabkan ubat yang diambil boleh memburukkan keradangan dan bengkak yang dialami.

Doktor cuba menyelamatkannya dengan memberikannya ubat dexamethasone dan antiepileptic, tetapi malangnya remaja tersebut meninggal dunia dua minggu kemudian.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangkitan cacing pita adalah penyebab utama epilepsi di negara-negara membangun.

“Manusia dijangkiti selepas memakan makanan yang kurang masak, terutamanya daging khinzir atau air yang tercemar dengan telur cacing pita atau melalui amalan kebersihan yang tidak baik,” kata organisasi itu lagi.

Jangkitan ini juga berasal dari ikan seperti salmon mentah yang diketahui mengandung larva parasit.

Pixy.org

Oleh itu, pastikan makanan dimasak sempurna supaya tiada larva atau apa sahaja mikro organisma yang tidak sihat membiak di dalam makanan anda!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular