Park Bo Gum merupakan antara nama selebriti terkenal dari Korea yang sentiasa berjaya membuatkan para peminat mengaguminya, lebih-lebih menerusi lakonannya.

Namun, bukan itu sahaja. Baru-baru ini, Bo Gum berkesempatan untuk menyanyikan lagu Belaian Jiwa, khas untuk para peminat di Malaysia.

Bo Gum sememangnya dikenali dengan personaliti yang riang dan ceria dan ini membuatkan dirinya sering diberi perhatian dan diminati oleh para peminat K-drama.

Malay Mail

Beliau juga digelar sebagai “Menantu Pilihan” ekoran berjaya ‘mencuri’ hati para peminatnya, bukan sahaja di Korea malahan di seluruh dunia. Ketika konsert jelajah Asia di Kuala Lumpur, Bo Gum yang berumur 25 tahun tidak melepaskan peluang untuk menunjukkan bakat nyanyian kepada para peminat.

Beliau menyanyikan lagu hits era 70-an, Belaian Jiwa yang asalnya dinyanyikan oleh kumpulan Carefree. Namun lagu berkenaan lebih dikenali menerusi cover oleh Innuendo dengan rentak R&B.

Malay Mail

Semasa ditemu bual oleh NST, Bo Gum berkata bahawa dirinya bakal memberikan kejutan buat para peminat. “Malaysia merupakan negara pertama untuk jelajah bertemu peminat saya pada tahun 2016. Mungkin kerana itulah Malaysia dekat di hati. Saya telah menyediakan sesuatu yang istimewa dan interaktif berbanding jelajah terdahulu.”

Apabila ditanya mengenai kejutan itu, jawapan beliau, “Rahsia! Sejujurnya saya risau saya syok sendiri”. Nyanyian Bo Gum disertai dengan piano yang turut dimainkan olehnya, yang ternyata memberikan satu kelainan.

Ditambah lagi lagu tersebut dinyanyikan oleh selebriti asing, membuatkan para peminat sangat menghargai kegigihannya yang berusaha memahami budaya para peminatnya.

Mari dengarkan lagu tersebut versi Bo Gum:

Sumber: fried_chiken/Twitter, New Straits Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular