JILIN, CHINA – Tanpa sumber pendapatan yang stabil dan kemewahan, seorang lelaki yang berusia 39 tahun mengambil seramai 400 orang kanak-kanak sebagai anak angkatnya dalam tempoh 11 tahun.

Kisah lelaki yang berhati nurani ini akhirnya membuatkan salah seorang wanita yang juga merupakan seorang guru jatuh hati dan berniat mahu mengahwininya.

Lelaki tersebut begitu memahami nasib yang dialami oleh kesemua anak yatim berkenaan kerana dia juga kurang bernasib baik. Dia dibesarkan secara gelandangan dan bersendirian tanpa kedua orang tuanya. Malahan, lelaki itu masih tidak dapat mengetahui nama asalnya sehingga ke hari ini.

Udn

Kisahnya bermula 11 tahun yang lalu, di mana dia terjumpa seorang remaja yang menyara diri dengan mengemis makanan daripada orang ramai.

Hal berkenaan membuatkan dia teringat akan dirinya dan memutuskan untuk memberi rumah dan perlindungan buat remaja tersebut. Daripada situ, dia mula mengambil beberapa kanak-kanak yatim piatu dan mereka yang diabaikan sebagai anak angkatnya.

Udn

Sememangnya, dalam membesarkan kanak-kanak, lazimnya kita juga berhadapan dengan masalah kekurangan wang untuk membeli pelbagai keperluan harian untuk mereka.

Ia juga dialami oleh lelaki ini, dan menyebabkan dia menggunakan kesemua wang simpanannya untuk menghantar anak-anak angkatnya itu ke sekolah, selain membeli buku dan meja belajar untuk mereka. Lelaki tersebut juga dengan bangga menunjukkan beberapa sijil yang diperolehi anak-anaknya.

Pear Video

Namun, pada tahun 2016, nasib tidak menyebelahinya apabila dia mengalami kecederaan di tapak pembinaan menyebabkan dia berhenti kerja. Sungguhpun begitu, dia masih tidak berputus asa untuk terus menyara anak-anaknya. Dia mula memulakan perniagaan secara dalam talian.

“Walau sesusah mana pun, kami tidak akan mengemis,” katanya. Dia juga sentiasa mengingatkan anak-anaknya untuk berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.

Kisah mengenai keikhlasannya itu mula tersebar sehinggakan seorang guru berusia 25 tahun turut terkesan dan terharu dengan belas kasihan yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan. Lalu, dia secara sukarela ingin membantu di rumah lelaki tersebut dan akhirnya jatuh hati padanya.

Walaupun perbezaan umur sebanyak 14 tahun, namun itu tidak menghalang mereka untuk mencintai antara satu sama lain. Mereka dikatakan bakal berkahwin pada bulan Mei atau Jun tahun ini. Semoga berbahagia dan dimurahkan rezeki buat mereka.

Sumber: UdnPear Video

Maybe you're interested :

Share

Video Popular