Sylvain Ratichon Ract merupakan seorang pemuda warga Perancis yang berjiwa murni dan ingin berbuat baik dengan semua orang dalam misinya menjelajah dunia dan seluruh Asia Tenggara dengan motosikal Yamaha XT660Z Tenere, sambil merakamkan perjalanan dan pengembaraan manisnya itu kepada dunia.

Sylvain baru sahaja menyelesaikan misinya di Taman Negara Khoa Yai, Pattaya dan Bangkok serta beberapa destinasi di Thailand sebelum memasuki sempadan Malaysia dan tiba di Pulau Pinang sebagai sebahagian jadual perjalanannya.

1 Moto 1 Planete / Facebook

Segalanya berjalan lancar ketika Sylvain berada di negara lain di Asia Tenggara, sehingga nasibnya bertukar buruk ketika berada di Pulau Pinang, Malaysia apabila seorang penyamun tidak bertanggungjawab telah mencuri ‘brek caliper’ dan pad brek motosikalnya.

Adakah ini yang dikatakan oleh kita, warga Malaysia sebagai  ‘Malaysia Boleh’? atau ‘Kenali Malaysia, Cintai Malaysia’?

Tidak cukup dengan berasa suka dan tidak malu apabila warga negara lain mengutipkan sampah di negara kita, ditambah pula dengan perbuatan merompak harta benda mereka sehingga akan menimbulkan masalah dan kesulitan.

1 Moto 1 Planete / Facebook

Penang Kini memetik dari halaman Facebook Sylvain yang menjadi tular sehingga menaikkan nama negara tercinta Malaysia dan Pulau Pinang di mata dunia, bahawa set brek motosikal Yamaha XT660Z Tenere miliknya yang telah dicuri itu tidak mempunyai alat gantinya di Malaysia, Thailand mahupun Singapura. Bayangkan betapa bermasalahnya Sylvain ketika ini.

Penang Kini/Facebook

Dalam satu post di Facebook, Sylvain menulis, “Hai semua, ini saya sekali lagi! Brek motosikal saya telah dicuri di Pulau Pinang, Malaysia (Ya, brek caliper dan pad brek), jadi saya telah berhenti di sini.”

Tulisnya lagi, “Saya telah menghubungi Yamaha dan beberapa kedai motorsikal besar di sekitar Pulau Pinang, tiada alat ganti baru yang serupa sama ada dari Malaysia, Thailand mahupun Singapura.”

1 Moto 1 Planete / Facebook

Tambahnya, “Saya telah menghubungi Australia dan kata mereka alat ganti yang baru berharga AU$1,500 (RM4,353) yang belum termasuk kos penghantaran. Sekiranya ada sesiapa di Asia atau Australia yang mempunyai set ganti bagi brek caliper depan dan pad brek, sila beritahu saya. Ia akan membantu saya dengan banyak! Gembira!”

Walaupun Sylvain kelihatan optimis dan positif, tanpa menyalahkan sesiapa dalam perjalanannya ini, beberapa orang netizen dari Malaysia telah menyatakan rasa kekesalan dan meminta maaf berkenaan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah rakyat Malaysia.

Penang Kini/Facebook

Ada yang menyelar tindakan pencuri ini yang telah memalukan nama negara Malaysia.

Penang Kini/Facebook

Penang Kini/Facebook

Sylvain sentiasa merakam dan mencatatkan perkembangan terkini tentang apa yang berlaku menerusi halaman Facebooknya. Diharap segala kesukaran yang sedang dialaminya akan dipermudahkan supaya dia akan dapat meneruskan perjalanan menjelajahi dunia dengan motosikal kesayangannya tidak lama lagi.

Kepada pencuri brek itu, semoga dia akan dapat diberkas dengan segera.

Sumber : 1 Moto 1 Planete/Facebook , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL NASIONAL

Video Popular