Keikhlasan seorang petani yang menemui sejumlah wang tunai dan kad bank kepada tuannya akhirnya membawa tuah apabila pemiliknya menawarkan sejumlah wang untuk membantunya.

Memetik South China Morning Post, petani berkenaan, Tang Shaolong dari wilayah Shandong, China membawa anaknya ke bandar Jinan untuk perubatan berikutan anaknya yang berusia dua tahun mengalami masalah kesihatan yang dipanggil sindrom hemophagoctic.

South China Morning Post

Ketika dirawat, anaknya Tang Yixuan memerlukan menjalani rawatan pemindahan sumsum tulang dan memerlukan kos yang agak tinggi iaitu sebanyak  400,000 Yuan (RM242,751).

Namun, bapa itu hanya mampu menyediakan 200,000 Yuan (RM121,291) kepada pihak hospital manakala 120,000 (RM72,775) terpaksa dipinjam daripada saudara mara untuk diserahkan kepada pihak hospital bagi menyelesaikan kos rawatan anak kesayangan.

Namun ketika berada di hospital, Shaolong menemui sebuah dompet yang berisi wang tunai sebanyak 20,000 Yuan (RM12,130) bersama kad bank dan juga lesen memandu ketika dalam perjalanan ke kafetaria di hospital berkenaan untuk membeli hidangan tengah hari kepada anaknya.

South China Morning Post

“Pada awalnya saya rasa sangat bersyukur kerana menemui sejumlah wang tunai yang agak banyak,” katanya sambil menyifatkan penemuan wang tunai itu sebagai hadiah daripada Tuhan kerana tahu dia kini berada dalam keadaan yang memerlukan dan mahu menyelamatkan nyawa anak kesayangan.

Namun dalam masa sama, dia juga terfikir wang berkenaan bukan miliknya dan semestinya dimiliki oleh orang lain yang juga dalam keadaan memerlukan.

Keikhlasan tersebut membuat, lelaki berhati emas situ membuka dompet dan mencari maklumat pemiliknya sebelum menyerahkan kepada pemiliknya.

South China Morning Post

Dia akhirnya berjaya menemui pemilik dompet berkenaan, Ding Yilong, seorang petani sayuran tempatan.

Kesungguhan yang dilakukan bapa muda itu membuatkan Yilong tersentuh selepas kedua-dua sering berhubung melalui laman sosial.

Malah, Yilong mengetahui Shaolong berada dalam keadaan terdesak kerana memerlukan wang untuk merawat anaknya.

“Saya kemudian membuat keputusan untuk memberikan keseluruhan lobak putih yang ditanam di kebun sebanyak 200kg dan menjualnya bagi mendapatkan wang,” ujarnya.

Lobak putih berkenaan berjaya dijual 500,000 Yuan (RM303,227) itu diserahkan kepada bapa muda itu digunakan untuk membantu kos rawatan si kecil berkenaan.

Sumber: Nextshark.com, South China Morning Post

Maybe you're interested :

Share

Video Popular