Sejak kebelakangan ini, cabaran senaman One Punch Man menjadi satu trend di internet di mana rata-rata peminat anime akan mencuba untuk menyelesaikan senaman yang intensif itu!

Ada yang berjaya menurunkan berat badan begitu banyak dalam tempoh 30 hari namun ada juga segelintir individu yang mengalami nasib malang sewaktu menyertai cabaran tersebut.

Inilah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Aweeff di mana rakannya telah mengalami kecederaan akibat mengikuti senaman yang keras itu…

Gambar sekadar hiasan

Orthobullets

“Rakan sepejabat aku berat dari 78kg turun 65kg dalam masa dua bulan buat One Punch Man Workout Challenge. Tapi malangnya, dia terpaksa berehat 8 minggu kerana buku lalinya retak.”

“Senaman jenis ini sangat intensif sebab hari-hari perlu bersenam. Aku nak pesan, tahu had tubuh masing-masing. Jangan hentam sembarangan.”

Sekiranya anda tidak mengetahui tentang senaman tular ini, ia merupakan sejenis aktiviti sihat yang memerlukan daya ketahanan tinggi dan melibatkan:

  • 100 kali tekan tubi
  • 100 kali bangkit tubi
  • 100 kali mencangkung (squat)
  • 10 km larian

Amino Apps

Rutin senaman ini perlu dilakukan setiap hari tanpa henti dan sudah tentu ia akan mendatangkan akibat yang tidak diingini khususnya kepada mereka yang baru ingin melakukan aktiviti sihat.

“Seperti One Punch Man Challenge, setiap hari perlu bersenam. Untuk yang baru mengikuti, cara begini boleh mendatangkan kecederaan,” tulis Aweeff lagi.

Bagi golongan baru, anda disarankan untuk memulakan dengan senaman yang ringan seperti 20 kali tekan tubi, 20 kali bangkit tubi, 20 kali squat dan larian sejauh 2km sebelum meningkatkan tahap kesukarannya sedikit demi sedikit.

“Sedangkan kalau kita bersenam dengan apa cara sekali pun, perlu ambil 1 atau 2 hari cuti supaya badan kita dapat rehat dan membaiki semula tisu serta otot yang sakit setiap kali bersenam.”

YouTube

Setelah segala otot tidak lagi mengalami kesakitan, anda boleh melengkapkan rutin ini dengan lebih intensif bagi mendapatkan hasil tubuh idaman ramai…

Semoga kisah ini menjadi tauladan kepada anda semua di luar sana agar tidak terlalu ‘menyeksa’ diri semata-mata untuk mengikuti trend atau mendapatkan tubuh yang ideal.

Sumber: World of BuzzTwitter/Aweeff

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular