Johanna Jones yang berusia 23 tahun dari Las Vegas, Nevada, gembira kerana berjaya ke pusingan seterusnya, namun satu perkara yang tidak lengkap: kekasihnya, Matt tidak dapat menghadiri untuk menonton persembahannya itu.

American Idol|YouTube

Johanna benar-benar berharap Matt boleh berada di sana untuk memberi sokongan, tetapi Matt ketika itu sedang sibuk menduduki peperiksaan akhir untuk semester terakhir pengajiannya. Dia sangat kecewa kerana tidak dapat hadir dan menangis.

“Dia seorang lelaki yang sentiasa memberi sokongan, penuh kasih sayang, hebat yang pernah saya temui,” kata Johanna.

American Idol|YouTube

Meskipun Matt tidak dapat hadir, Johanna tetap memberikan persembahan yang luar biasa dengan menyanyi lagu popular Chris Isaak pada 80-an, “Wicked Game.”

American Idol|YouTube

Suaranya yang hebat telah mendapat sambutan hangat daripada para juri dan dia berjaya mendapat tiket ke pusingan seterusnya. Tetapi kesemuanya belum berakhir….

American Idol|YouTube

Matt benar-benar mahu berada di sana untuk memberi sokongan kepada teman wanitanya. Jadi lelaki yang penuh dengan keazaman itu memandu 11 jam selepas menduduki enam peperiksaan supaya dia dapat mengejutkan Johanna di atas pentas.

American Idol|YouTube

Matt memperkenalkan dirinya kepada orang ramai, menjelaskan, “Saya tidak dapat berada di sini sepanjang minggu kerana perlu menduduki peperiksaan, tetapi saya tidak dapat menunggu hari lain lagi.” Dia terus berlutut dan melamar Johanna. Sudah tentu, Johanna yang ketika itu sangat tersentuh berkata ya.

American Idol|YouTube

Johanna bukan satu-satunya orang yang tersentuh dengan kejutan Matt. Juri, Katy Perry menangis melihat tindakan Matt di atas pentas itu, Katy Perry merujuk kepada tangisannya itu sebagai “tangisan paling hodoh dalam hidup saya.”

“Kenapa tidak ada yang mencintai saya seperti ini?” Perry menjerit. (Sekiranya anda tidak tahu, Perry sudah bertunang dengan Orlando Bloom pada bulan Februari lalu.)

American Idol|YouTube

Tahniah kepada Johanna dan Matt! Berharap penyanyi berbakat ini menjadi yang terbaik dalam American Idol dan perkahwinannya yang akan datang.

Luke Bryan|Twitter

Tonton detik yang beremosi tersebut dalam video di bawah:

American Idol/Youtube

Sumber: Inspire MoreAmerican Idol/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular