Krim putar merupakan salah satu bahan yang sering digunakan dalam dunia kek. Selain dijadikan sebagai hiasan atas kek, krim putar juga digunakan bagi menghasilkan ganache coklat, kek keju leleh dan juga mus (mousse). 

Namun, harga bagi sekotak krim putar ini bukanlah murah tetapi agak mahal. Bagi yang ingin membuat kek sekadar untuk suka-suka, mungkin ianya tidak begitu membebankan. Tetapi bayangkan kos yang perlu ditanggung oleh peniaga kek kecil-kecilan?

Namun jangan risau kerana seorang pengguna Facebook bernama Soleh Fattah telah mengongsikan satu resipi mudah, jimat dan juga enak untuk menghasilkan krim putar di rumah!

Berikut merupakan bahan-bahan dan cara membuat krim putar ini…

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar ovalette
  • 5 sudu besar susu pekat manis
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar gula
  • 1 bekas ais

Cara membuatnya:

Pertama sekali, apa yang anda perlu lakukan adalah masukkan kesemua bahan dalam 1 bekas atau mangkuk besar.

Gaul kesemua bahan sehingga rata. Kemudian, gunakan mesin pengadun elektrik. Bagi minit pertama, gunakan kelajuan yang paling rendah bagi mengelakkan ais terkeluar daripada bekas.

Untuk minit yang kedua, tingkatkan kelajuan mesin pengadun dan gaul selama tiga minit. Teruskan menggaul sehingga ais tidak lagi kelihatan. Pada peringkat ini, adunan akan berubah bentuk dan kelihatan seperti krim putar.

Akhir sekali, tingkatkan kepada kelajuan maksima dan gaulkan sekitar dua minit. Pastikan anda tidak mengaduknya terlalu lama bagi mengekalkan udara dan memastikan krim putar anda kembang dan tidak mengempis.

Krim putar buatan sendiri siap! Mudah, ringkas, cepat dan enak! Pasti memikat selera sesiapa sahaja!

Sumber: Soleh Fattah

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular