Lazimnya, kisah pengambilan anak angkat sangat menggembirakan sehinggakan akhirnya anda akan mengukir senyuman.

Namun, bukan semua kisah adalah sama. Pada tahun lalu, seorang budak lelaki telah memberikan hadiah kepada bapa tirinya sehingga membuatkan bapa tirinya itu mengalirkan air mata dan ia ternyata telah mengubah kehidupan mereka.

T&T Creative Media|YouTube

Menerusi video, kedua-dua budak lelaki dan bapa tirinya itu sedang duduk bersama di sofa sambil menyaksikan ‘slideshow’ yang dihasilkan oleh budak lelaki tersebut khas untuk bapa tirinya bagi menzahirkan rasa terima kasih terhadap segala yang telah dilakukan bapa tirinya.

Dia berterima kasih dan bersyukur kerana dilayan seperti anak kandung oleh bapa tirinya dan dia memahami saat bapa tirinya bersikap tegas, selain memberi kredit terhadap bapa tirinya yang banyak mendidiknya untuk membesar menjadi seorang lelaki.

Ketika bapa tirinya itu menonton video berkenaan, dia lantas mengelap air matanya bersebelahan dengan anak tirinya yang tersenyum memandangnya. Setelah video berkenaan tamat, budak lelaki berkenaan bertanya kepadanya, “Sudikah mengambil saya sebagai anak angkat?”

T&T Creative Media|YouTube

Itulah saat kemuncaknya apabila bapa berkenaan memeluk anak tirinya dengan penuh kasih sayang sebelum membuka hadiah yang diberikan, di mana ia sebenarnya merupakan dokumen pengambilan anak angkat yang perlu ditandatangani oleh bapa tersebut.

T&T Creative Media|YouTube

Ia penuh beremosi sehinggakan bapa berkenaan sedikit menggigil dan membuatkannya sukar untuk menandatangani dokumen tersebut. Walau bagaimanapun, ia langsung tidak menjadi halangan untuk budak lelaki tersebut akhirnya menjadi anak angkatnya.

T&T Creative Media|YouTube

Seluruh keluarga bersorak gembira apabila mengetahui bahawa budak lelaki itu masih mempunyai kejutan, iaitu dengan meletakkan reben hadiah di kepalanya bagi memberi gambaran bahawa dia merupakan hadiah kepada bapanya.

T&T Creative Media|YouTube

Ayuh saksikan video saat manis keluarga berkenaan:

T&T Creative Media|YouTube

Sumber: Inspire MoreT&T Creative Media|YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular