Menurut satu kajian yang dijalankan oleh University of Amsterdam, The Netherlands, kekerapan sakit kepala di Malaysia adalah antara 9.0% (migrain), sakit kepala akibat tekanan (26.5%) dan lain-lain jenis sakit kepala (28.2%).

Kajian tersebut menunjukkan secara keseluruhannya kelaziman wanita mengalami sakit kepala adalah akibat migrain manakala lelaki pula mengalami lain-lain jenis sakit kepala.

Disebabkan sakit kepala datang tanpa memberikan apa-apa petunjuk dan ‘menyerang’ pada bila-bila masa, kita harus mengetahui dan mempelajari cara untuk melegakannya.

Berikut ialah 10 cara pantas untuk melegakan sakit kepala yang boleh anda praktikkan di mana-mana.

1. Terapi suhu

Depositphotos.com , Depositphotos.com

Anda digalakkan untuk mandi dengan menggunakan air suam supaya dapat melegakan otot-otot badan yang mengalami ketegangan sekaligus melegakan sakit kepala. Selain itu, anda juga boleh menggunakan hot compress untuk melegakan sakit kepala.

2. Aromaterapi

cushyspa,Depositphotos.com ,cushyspa

Aroma minyak pati tertentu terutama lavender boleh menenangkan sakit kepala. Letak minyak di dahi dan urut dengan perlahan. Disarankan untuk berbaring di dalam bilik yang tenang dan gelap dan berehatlah.

Minyak pudina juga bermanfaat untuk merawat sakit kepala dan dalam kajian yang dijalankan di Universiti Shiraz di Iran, minyak pudina didapati berkesan untuk mengubati migrain juga.

3. Minum air

Depositphotos.com

Penyahhidratan adalah punca biasa sakit kepala. Oleh itu, anda perlu minum air secukupnya untuk mengelakkan badan anda mengalami penyahhidratan. Jika terlebih penyahhidratan, seseorang itu boleh mengalami hyponatremia iaitu satu keadaan di mana darah menjadi terlalu cair.

4. Rawatan herba

Max Pixel

Halia memang sudah terkenal sebagai bahan semula jadi yang dapat melegakan sakit kepala termasuklah migrain. Caranya ialah masukkan beberapa hirisan halia ke dalam segelas air dan minum.

5. Urut titik ‘Union Valley’

depositphotos

Titik Union Valle terletak di antara ibu jari dan jari telunjuk. Tekan bahagian berkenaan selama 10 saat dan lepaskannya. Selepas 10 saat, urut bahagian yang sama selama 10 saat mengikut arah jam dan 10 saat mengikut arah lawan jam. Ulang teknik ini untuk tangan sebelah lagi. Titik ini sangat berguna untuk melegakan sakit kepala, leher, bahu dan gigi.

6. Urut titik ‘San Yin Jiou’

net.z

Letak 4 jari dari atas titik tertinggi buku lali anda. Tekan di bahagian tersebut selama 4 hingga 5 saat. Teknik ini boleh melegakan sakit kepala, senggugut bagi wanita yang didatangi haid dan sakit pinggang.

7.  Urut titik ‘Shoulder Well’

net.z

Titik Shoulder Well terletak di antara bahu dan pangkal leher anda.

Dengan menggunakan ibu jari anda, urut bahagian titik di sebelah bahu kiri anda dengan menggerakkan ibu jari dalam gerakan bulat selama kira-kira 1 minit. Selepas 1 minit, lakukan perkara yang sama di sebelah bahu kanan pula. Urutan ini melegakan ketegangan di leher dan bahu yang merupakan punca sakit kepala.

8. Tekan titik ‘Gates of Consciousness’

depositphotos

Titik ‘Gates of Consciousness’ ialah sepasang titik yang terletak di kawasan berongga antara 2 otot leher menegak di pangkal tengkorak.

Caranya ialah tekan dengan kuat kedua-dua bahagian titik tersebut selama kira-kira 10 saat. Selepas 10 saat, lepaskan dan ulangi semula. Urutan ini dapat melegakan sakit kepala yang disebabkan oleh ketegangan di leher serta membantu mengatasi migrain.

9. Urut ‘Rubbing the Pupil Bone Hole’

depositphotos

Urut perlahan-lahan bahagian hujung mata yang dikenali sebagai ‘Rubbing the Pupil Bone Hole’ secara serentak sehingga anda berasa lega. Teknik urutan ini dapat membantu melegakan kesakitan yang berkaitan dengan migrain.

10. Urut titik ‘Drilling Bamboo’

depositphotos

Titik-titik ini terletak di antara kening kiri dan kanan. Caranya ialah tekan bahagian tersebut dengan menggunakan ibu jari anda secara serentak selama kira-kira 10 saat. Selepas itu, lepaskan dan ulangi semula. Teknik ini berkesan dalam melegakan sakit kepala yang disebabkan oleh sakit mata dan sinus.

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular