Menjadi ibu bapa bukanlah satu tanggungjawab yang mudah kerana memerlukan kekuatan mental dan juga fizikal terutamanya bagi pasangan suami isteri yang baharu memiliki cahaya mata.

Daripada awal proses mengandung, melahirkan anak sehinggalah membesarkan mereka, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh setiap ibu bapa demi memastikan anak-anak dapat membesar dengan baik.

Waktu tidur malam yang tidak mencukupi, keletihan, anak suka menangis, masalah di tempat kerja, masalah kewangan dan sebagainya mampu memberikan tekanan sekiranya ibu bapa gagal mengawal emosi dengan baik.

Namun begitu, telatah anak-anak yang comel dan menggelikan hati inilah dapat melegakan segala kesulitan yang kita lalui setiap hari. Mendengar sahaja gelak tawa mereka mahupun melihat si kecil mengukirkan senyuman serta tingkah laku mereka yang comel pasti akan mencairkan hati sesiapa sahaja!

Misalnya seperti pasangan suami isteri yang berasal dari Missouri, Amerika Syarikat ini. Si isteri iaitu Chandra Comer telah merakamkan satu peristiwa melucukan mengenai gelagat bayi mereka yang tidur nyenyak bukan di atas pangkuan si bapa tetapi di atas gitar!

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook itu, dapat dilihat Chandra sedang merakamkan suaminya, Cody yang sedang memegang sebuah gitar sambil menidurkan bayi mereka iaitu Carrigan.

Carrigan yang baru berusia dua minggu kelihatan sangat selesa dan nyenyak tidur di atas gitar sambil dibuai dengan petikan gitar oleh Cody yang juga merupakan seorang pemuzik.

Lebih menghiburkan lagi, Carrigan tidur dengan sangat lena dan langsung tidak berasa terganggu oleh bunyi gitar dan juga nyanyian bapanya. Gelagat si comel ini mendapat perhatian netizen dan membuatkan pasangan duo anak-beranak itu menjadi bintang sensasi internet!

Mari lihat betapa nyenyaknya dia tidur semasa gitar dimainkan:

CodyComer|YouTube

Sehingga kini, video berkenaan menerima lebih daripada 60 juta tontonan dan 1 juta perkongsian di Facebook. Sementara itu di YouTube pula, jumlah tontonan yang dicatatkan sehingga artikel ini ditulis adalah sebanyak 18,007 kali tontonan!

Sememangnya satu video yang menghiburkan…

Sumber: Astro AWANICodyComer|YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular