DHAKA: Seorang ibu muda di Bangladesh mengejutkan doktor apabila melahirkan bayi kembar yang sihat, selepas 26 hari  melahirkan anak pertamanya dilahir pramatang.

Arifa Sultana, 20, melahirkan seorang bayi lelaki bulan lalu melalui kelahiran normal tetapi doktor terlepas uterus kedua.

Seorang ibu muda di Bangladesh mengejutkan doktor apabila melahirkan bayi kembar sihat, selepas 26 hari melahirkan . AFP

“Dia tidak menyedari masih mengandungkan sepasang bayi kembar dan menyedari apabila air ketubannya pecah sekali lagi pada hari ke-26, selepas bayi pertamanya dilahirkan,” kata pakar sakit puan, Sheila Poddar.

Podder terpaksa melakukan pembedahan untuk membolehkan pasangan bayi kembar itu, seorang lelaki dan seorang perempuan dilahirkan.

Mirror

Wanita muda dari daerah Jessore di barat daya Bangladesh itu kemudian dibenarkan pulang ke rumah bersama tiga bayi sihat.

Podder berkata, dia bersyukur ibu muda itu tidak mengalami komplikasi dan berada dalam keadaan sihat.

“Sepanjang karier sebagai pegawai perubatan selama 30 tahun, saya tidak pernah melihat kes sebegini terlau istimewa dan unik,” kata ketua doktor kerajaan di Jessore, Dilip Roy.

Sumber: AFP, The Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular