KUALA LUMPUR: Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan, pekerja di negara ini masih menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan pekerja di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Australia, Jerman dan Singapura walaupun telah mengambil kira kesaksamaan produktiviti antara negara.

SatayPanas

Menurut laporan berkenaan, jika seseorang pekerja Malaysia menghasilkan output bernilai AS$1,000 (RM4,077.5), pekerja itu akan dibayar sebanyak AS$340 (RM1,386.35).

Namun, upah yang diterima pekerja di negara maju itu bagi penghasilan output sama bernilai AS$1,000 (RM4,077.5), lebih tinggi pada AS$510.8 (RM2,082.79).

“Dalam analisis mengaji sama ada pekerja Malaysia dibayar gaji sewajarnya dengan penilaian dari aspek produktiviti dan kesaksamaan, jelas menunjukkan kebanyakan industri di Malaysia membayar ganjaran yang lebih rendah kepada pekerja berbanding negara penanda aras berkenaan.

“Keadaan itu, dapat dilihat dalam industri perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan yang mencakupi 19 peratus daripada kegiatan ekonomi dan 27 peratus daripada jumlah guna tenaga di Malaysia,” kata laporan bank pusat itu.

Dalam masa sama, BNM menjelaskan, industri berkenaan lebih bergantung kepada pekerja berkemahiran rendah dan berintensifkan pekerja.

TheMalaysianTimes

Tenaga kerja dalam industri itu lazimnya kurang mempunyai kuasa untuk berunding berikutan bekalan pekerja berkemahiran rendah, termasuk jumlah pekerja asing, yang banyak.

“Keadaan itu menyebabkan, upah purata dalam kelompok industri itu adalah sebanyak RM1,727 pada 2016, hampir 30 peratus di bawah purata upah negara sebanyak RM2,463.

“Namun begitu, upah purata di AS, UK, Australia, Jerman dan Singapura juga adalah jauh lebih rendah berbanding Malaysia bagi industri maklumat dan komunikasi serta utiliti yang lazimnya menggaji lebih banyak pekerja berkemahiran tinggi yang mampu memperoleh upah lebih tinggi disebabkan oleh set kemahiran dan kepakaran khusus mereka,” kata laporan itu.

Pada tahun 2016, kadar upah purata dalam kelompok industri itu sebanyak RM3,556, iaitu 40 peratus lebih tinggi berbanding purata upah negara.

Jurang antara pertumbuhan upah benar dari perspektif syarikat dengan perspektif pekerja meningkat secara ketara, terutamanya sejak 2015.

catsfm

“Dari perspektif majikan, mereka berpendapat upah meningkat lebih cepat berbanding yang dilihat dari perspektif pekerja kerana harga pasaran barangan dan perkhidmatan yang dijual oleh syarikat meningkat pada kadar lebih perlahan berbanding harga barangan dan perkhidmatan yang digunakan pekerja.

“Dalam perbincangan dan interaksi Bank Negara dengan pihak industri, syarikat sering menyatakan kenaikan upah sebagai faktor yang mengurangkan marjin perniagaan mereka, manakala pekerja pula mengadu mengenai “upah yang statik” dan kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya.

Keadaan itu jelas menunjukkan sentimen yang berbeza antara majikan dengan pekerja berhubung dengan pertumbuhan upah yang lembap dalam tahun kebelakangan ini.

Sumber: Berita Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular