Menurut kajian terbaru, seramai 844 juta orang kurang mendapat akses air bersih dan ini merupakan satu krisis membimbangkan kepada dunia. Salah satu masalah utama yang menyebabkan perkara ini terjadi adalah pencemaran air. Ramveer Tanwar dari India menyedari hal itu, dan dia telah mengambil keputusan untuk tidak mahu mengabaikan masalah ini daripada berterusan dengan memutuskan untuk mengambil tindakan.

Ramveer Tanwar, pemuda kampung berusia 26 tahun yang ingin membantu kampung dan penduduknya dengan melakukan pekerjaan yang hebat. Usaha Ramveer menjadi satu contoh yang mengagumkan bagaimana kerja keras dan keazaman anak muda ini akhirnya mampu memberi perubahan dan dapat menyelamatkan berpuluh-puluh tasik dan kolam di India.

Terdapat adiwira dalam kehidupan sebenar yang peduli tentang air.

Ramveer Tanwar / Facebook

Pada suatu hari, Ramveer Tanwar, 26 tahun  menyedari bahawa tasik dan kolam berhampiran di mana pernah menjadi tempatnya bermain bersama rakan-rakan ketika kecil telah mula hilang dan akan lenyap. Selain itu, banyak kawasan tanah lembap telah tercemar dan menjadi kawasan lambakan sampah. Ramveer memutuskan bahawa sudah tiba masanya untuk membuat perubahan dengan mendidik orang ramai tentang kepentingan mendapatkan air bersih.

Bukan satu kerja yang mudah untuk memujuk penduduk kampung pada mulanya.

Ramveer Tanwar/Facebook

Pada peringkat permulaan, Ramveer memberikan penerangan dan pendidikan kepada kanak-kanak dan para pelajar di kampungnya dengan menyatakan bahawa mereka harus melakukan sesuatu tentang sumber air mereka yang hampir mati.

Ramveer memberitahu pelajar supaya memberi amaran kepada ibu bapa mereka tentang masalah yang sedang berlaku iaitu pencemaran air kini menjadi semakin serius dan pemuliharaan air perlu dilakukan dengan segera. Malangnya, pendekatan ini tidak berfungsi dan berkesan kerana penduduk kampung enggan mempercayai bahawa mereka boleh mengalami kehabisan sumber air bersih.

Sekiranya gunung itu tidak datang ke Ramveer, Ramveer terpaksa pergi ke gunung.

Ramveer Tanwar/Facebook

Selepas kegagalan itu, Ramveer memutuskan bahawa dia terpaksa melakukan usaha ini secara bersendirian. Jadi dia pergi bertandang dari rumah ke rumah, kepada setiap penduduk kampung untuk menjelaskan isu sumber air yang semakin berkurangan kepada mereka. Kemudian dia mengarahkan semua pelajar untuk mengumpulkan ibu bapa mereka bersama-sama pada setiap hari Ahad di satu tempat perjumpaan yang istimewa, di mana dia akan memudahkan perbincangan dan mencadangkan kaedah yang sesuai bagi tujuan pemuliharaan air. Akhirnya, ia mula memperlihatkan perubahan, dan penduduk kampung mula menyedari masalah yang sedang mereka hadapi.

Usaha Ramveer telah diiktiraf oleh pihak berkuasa, dan mesyuarat itu secara rasmi dinamakan sebagai “Jal Chaupals.”

Kesabaran dan kerja keras akhirnya membuahkan hasil.

Ramveer Tanwar / Facebook  /Ramveer Tanwar / Facebook   /Ramveer Tanwar / Facebook

Pada tahun 2015, Ramveer dan pasukan sukarelawannya yang terdiri daripada para pelajar dan ibu bapa mereka telah mengeluarkan semua sampah dari kolam ini. Bukan sahaja mereka telah membersihkannya, tetapi mereka juga menanam pokok-pokok dan tumbuhan hijau di sekitarnya. Kemudian mereka menjemput pentadbir tempatan untuk datang dan melihat sendiri pemulihan mulia yang telah berjaya ini.

Perkhabaran tentang usaha yang baik itu telah menular dengan cepat dan tidak lama kemudian orang ramai dari kampung dan daerah lain mula datang dan bertanya kepada Ramveer untuk turut memberikan bantuan dalam kerja pemulihan tasik dan kolam di tempat mereka.

Sistem penapisan pintar yang telah difikirkan dengan baik.

Ramveer Tanwar / Facebook

Dengan sokongan dan bantuan sukarelawan serta pencinta alam sekitar, puluhan tasik dan kolam telah berjaya dipulihkan. Perkara yang paling penting yang perlu dilakukan ialah kerja pembersihan badan air untuk mencegah pencemaran lanjut. Apabila air telah dibersihkan, pasukan ini menggali lubang yang berasingan untuk mengumpul sampah.

Kemudian mereka telah memasang sistem penapisan berganda iaitu penapis yang diperbuat daripada papan kayu dan tampalan rumput, untuk mengelakkan kepingan sampah tidak kira sama ada kecil atau besar daripada memasuki laluan air pada masa akan datang.

Lubang dan penapis ini sentiasa dibersihkan setiap satu kali dalam seminggu.

Usaha yang  berterusan.

Ramveer Tanwar/Facebook

Ramveer mahu meneruskan percubaannya untuk memelihara sumber air di India dan terpaksa memainkan banyak peranan dalam usaha ini. Kerajaan di negaranya sentiasa membantu pemuda bervisi besar ini dengan menubuhkan satu organisasi yang dikenali sebagai ‘Groundwater Army’ di setiap daerah, dan dia kini menjadi jurucakap dan penyelaras bagi daerahnya.

Semua pihak kini sudah mula mempunyai kesedaran untuk bersama-sama memberi tumpuan kepada pemuliharaan air di kawasan mereka. Malangnya, kerajaan di India tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi meneruskan program kesedaran ini, dan Ramveer telah banyak berkorban dengan terpaksa membelanjakan wang sendiri demi meneruskan apa yang telah dimulakannya.

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular