Menurut pandangan seorang arkitek, jurutera dan juga ahli perniagaan yang berasal dari Taiwan bernama Arthur Huang, sumber yang boleh menjana wang yang banyak dan berpotensi mengumpul kekayaan bukanlah saham atau bitcoin, tetapi dari tempat sampah itu sendiri.

Inovasi Arthur Huang dalam membina mesin mengitar semula sampah plastik menggunakan tenaga solar dan dikenali dengan nama Trashpresso, merupakan yang pertama di dunia, mampu mengubah sampah plastik menjadi bahan yang boleh digunakan semula sebagai binaan jubin dan hiasan dinding yang cantik.

National Geographic

Trashpresso ditempatkan dalam lori kontena sepanjang 12 meter. Mesin ini boleh dibawa ke kawasan pedalaman dan lokasi-lokasi terpencil yang memerlukan kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan sampah yang perlu dikitar semula.

inhabitat

Apa yang menarik, mesin ini tidak menggunakan air yang banyak kerana setiap liter air akan digunakan semula melalui tiga langkah penapisan iaitu penapisan pasir kuarza, ultrafiltrasi dan ‘reverse osmosis’.

inhabitat

Setelah Trashpresso dibuka di lokasi terpilih, mesin ini mampu mencarik, mencuci, mengering, mencairkan, serta mencetak sampah plastik yang sudah menjadi hablur kepada kepingan jubin atau hiasan dinding menerusi teknik pembakaran dalam ketuhar khas.

inhabitat

Miniwiz merupakan syarikat milik Arthur Huang yang menghasilkan Trashpresso. Arthur Huang berkata bahan tersebut amat sesuai untuk digunakan sebagai jubin di dalam mahupun di luar ruang bangunan. Lima botol plastik mampu menghasilkan sekeping jubin.

inhabitat

Arthur Huang yang pernah menjalankan projek ini secara permulaan dengan tajaan bintang Hong Kong dan Hollywood, Jackie Chan berkata dalam rancangan dokumentari National Geographic Jackie Chan’s Green Heroes, “Trashpresso mampu menghasilkan jubin seluas 10 meter persegi dalam masa setiap 40 minit.”

Life and Soul Magazine

Tambahnya lagi, “Mesin ini merupakan prototaip dari teknologi kitar semula dan bersifat mesra alam untuk kegunaan masa depan.”

Lifestyle Magazine

Setakat ini, syarikat milik Arthur Huang telah membuat dua mesin Trashpresso. Mesin mudah alih tersebut pernah dibawa ke beberapa lokasi pedalaman seperti Yushu, sebuah pekan kecil di dataran tinggi Tibet.

Fuorisalone

Disamping memperkenalkan penghasilan produk kitar semula daripada sampah plastik, Miniwiz juga ingin memberi pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat yang ditemui, akan kepentingan penjagaan alam sekitar dan mereka dinasihatkan supaya tidak membuang sampah plastik ke dalam sungai dan laut dengan sewenang-wenangnya.

inhabitat

Tidak kira di mana sahaja Trashpresso berhenti, mereka akan menemui banyak botol plastik untuk dilerai dan dipadatkan, sebelum dimasak menjadi kepingan jubin.

inhabitat

Arthur Huang berkata ketika beliau berada di Yushu, “Pekan kecil juga mengalami masalah pembuangan plastik yang sama dan tidak terkecuali seperti bandar-bandar besar.”

inhabitat

Menurutnya, botol minuman plastik dan sampah plastik lain, yang biasanya dibawa oleh pengunjung akan dibuang ke dalam sungai, dan seterusnya ke lautan yang akan memberi kesan kepada spesies haiwan dan akhirnya kepada manusia.

inhabitat

Sejak penubuhannya pada tahun 2005, syarikat Miniwiz telah mengubah sampah plastik menjadi jubin, aksesori hiasan dalaman, bangunan, malahan pesawat kecil. Ini telah membuat banyak orang berfikir bahawa plastik yang dikitar semula mampu menjadi komoditi dan penjanaan pendapatan yang berpotensi serta mempunyai harga.

inhabitat

Arthur Huang mempunyai visi bahawa dengan mengolah semula sampah plastik akan mampu menghasilkan idea dan produk baru yang berterusan untuk kegunaan masa depan.

inhabitat

Syarikat Miniwiz memfokuskan usaha mereka untuk menghasilkan pelbagai reka bentuk dan produk baru berasaskan sampah plastik yang dikitar semula menerusi mesin Trashpresso secara lebih meluas.

inhabitat

Bersama syarikat rakan kongsi yang berpangkalan di Berlin dan London yang menghasilkan perabut dikenali Pentatonic, syarikat Miniwiz telah mula membawa Trashpresso ke Eropah pada tahun 2017. Pentatonic komited untuk membangun dan menghasilkan rekaan perabut berasaskan sampah industri yang dihasilkan daripada plastik yang dikitar semula dalam produk mereka, dengan mesin Trashpresso menjadi salah satu jalan penyelesaian yang terbaik.

inhabitat

Dalam satu festival dan pameran reka bentuk yang diadakan di London, syarikat Pentatonic dengan kerjasama syarikat Miniwiz telah memperkenalkan mesin Trashpresso ini kepada umum dengan khalayak yang lebih meluas.

inhabitat

Semasa pameran ini diadakan, para pengunjung telah digalakkan untuk mengumpulkan botol-botol plastik yang tidak lagi digunakan dan mesin Trashpresso menunjukkan demonstrasi menghasilkan bahan industri berguna daripada sampah plastik iaitu rekaan jubin yang cantik dan menarik perhatian.

inhabitat

Hasil maklum balas daripada orang ramai amat menggalakkan dan penghasilan produk menerusi kitaran semula sampah plastik ini dijangka akan terus berpotensi menjadi pilihan pengguna di masa hadapan.

Lihat video di bawah.

Miniwiz/YouTube

Sumber : Inhabitat, Design IndabaMiniwiz/YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular