Buat masa ini, fenomena El Nino yang melanda negara sehingga menyebabkan beberapa negeri mengalami suhu panas melampau sehingga mencecah 38° Celcius! Gelombang haba Tahap Satu ini begitu berbahaya sekali gus membuatkan pihak kerajaan menasihati anda agar mengehadkan aktiviti luar selain minum air dengan banyak.

Selain daripada manusia yang tidak tahan dengan bahang matahari terik, haiwan berbisa seperti ular juga akan cuba untuk mencari tempat berteduh yang sejuk misalnya di dalam rumah.

SirapLimau

Kejadian ini sudah tentu akan mengudang bahaya terutamanya jika anda mempunyai anak kecil. Jadi, pastikan anda mengikuti 10 langkah berikut bagi mencegah binatang berbahaya ini daripada mengancam keselamatan anda dan keluarga.

#1 Pastikan halaman rumah bersih

Majlis Daerah Pasir Puteh

Bersihkan kawasan perkarangan rumah dan elakkan daripada melonggokkan barang kerana ianya boleh dijadikan sebagai tempat ular bersembunyi. Pastikan juga halaman rumah tidak dipenuhi dengan dedaun kering kerana ular gemar tidur di dalam timbunan daun kering yang sejuk.

#2 Elakkan tanaman merumpun

merumpun seperti pandan dan serai berpotensi menjadi tempat persembunyian ular atau tempat binatang ini bertelur. Berhati-hati!

#3 Tebas semak samun

youtube.com

Jadikan aktiviti gotong-royong sebagai satu rutin wajib dalam keluarga anda khususnya pada waktu hujung minggu untuk memastikan kawasan rumah sentiasa bersih dan terhindar daripada sebarang masalah.

#4 Elakkan berada di kawasan air

geoview.info

Sumber air seperti kolam ikan dan juga tasik merupakan tempat kegemaran ular bagi menyejukkan badannya pada musim panas membahang ini.

#5 Tutup semua lubang di dalam rumah

PANO1544.com

Setiap lubang seperti lubang saliran, tingkap, celah-celah pintu dan juga bumbung boleh dijadikan sebagai laluan masuk untuk ular. Jadi, anda boleh menutup setiap lubang di rumah dengan menggunakan kain atau penyapu lidi.

#6 Pastikan rumah sentiasa wangi

SirapLimau

Ular tidak sukakan bau-bauan wangi yang kuat kerana ia mampu menjejaskan fungsi derianya sekali gus menyebabkan ular tidak dapat mengesan keadaan persekitaran.

#7 Rumah bebas dari tikus dan katak

SirapLimau

Di mana adanya makanan, di situ adanya ular. Jadi, pastikan rumah anda bebas daripada tikus dan katak yang merupakan makanan bagi ular.

#8 Kucing

Perkins and Teeny Tuxedo

Musuh ular adalah haiwan yang suka mencakar seperti ayam dan juga kucing. Dengan adanya kucing, kita pasti akan lebih peka sekiranya wujud kehadiran ular secara mengejut ke dalam rumah.

#9 Gertak ular

SirapLimau

Ular akan merasa terancam sekiranya diganggu dan akan segera meninggalkan sesebuah kawasan kerana gangguan berkenaan. Jadi, anda boleh menggunakan jentera berkebun seperti mesin rumput untuk menimbulkan ‘kekacauan’ sekali gus sebagai satu cara untuk menghalau ular.

#10 Guna serbuk belerang

SirapLimau

Serbuk belerang mampu mengelakkan ular daripada memasuki sesuatu kawasan. Namun, taburkan serbuk ini di kawasan tanah kerana apabila hujan, serbuk tersebut akan meresap ke dalam tanah. Jika ditaburkan di atas simen, kesan belerang akan mudah hilang. Anda juga diingatkan untuk memakai sarung tangan bagi mengelakkan kulit menjadi rosak.

Sumber: SirapLimau

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular