Fenomena cuaca panas ekstrem sejak Januari lalu sehingga kini melanda beberapa negeri di Malaysia akibat daripada kesan peningkatan cuaca panas.

Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, musim kemarau akan memberi kesan kepada sumber air dan aktiviti-aktiviti lain berkaitan air seperti pertanian.

projekmm

Menurut Dr Xavier Jayakumar dalam laporan Free Malaysia Today semalam, 24 Mac, bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang memantau empangan dan akan memutuskan sama ada catuan air perlu dilakukan atau tidak.

“Pada masa ini, ia masih baik-baik saja, tetapi jika kita mendapati keadaan di mana kita perlu melakukan sesuatu, maka SPAN akan memutuskan sama ada perlu melakukan catuan air atau tidak di kawasan yang terjejas,” kata Dr Xavier.

Enam negeri yang akan menerima hujan kurang daripada bacaan 25 peratus purata hujan tahunan pada April dan Mei 2019 adalah:

  1. Johor
  2. Negeri Sembilan
  3. Perak
  4. Kedah
  5. Pahang
  6. Kelantan

“Keadaan ini akan menyebabkan keadaan panas dan kering serta mengurangkan sumber air sungai dan empangan di negeri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Dr Xavier, lokasi yang tidak menerima hujan melebihi 30 hari adalah Setiu, Terengganu selama 31 hari (tahap waspada) dan Hulu Perak, Perak selama 56 hari (tahap amaran).

westernmirror

Beberapa lokasi yang menerima hujan kumulatif Januari hingga Mac tahun ini di bawah bacaan 25 peratus purata hujan tahunan (tahap amaran) adalah Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan; Rompin, Pahang dan Hulu Perak.

Bagi yang menerima hujan kumulatif Januari hingga Mac 2019 di bawah rekod hujan pada El Nino 2015-2016 dan musim panas dan kering (tahap bahaya) adalah Padang Terap, Kedah; Cameron Highland dan Kuantan, Pahang serta empat daerah di Terengganu iaitu Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman dan Kuala Terengganu.

Dr Xavier berkata, terdapat tiga empangan yang mempunyai simpanan kapasiti airnya yang berada dalam lingkungan 50 peratus dan satu empangan pada paras lingkungan 30 peratus.

Jelasnya, empangan tersebut adalah:

  1. Empangan Muda, Kedah mempunyai kapasiti air 58.97 peratus
  2. Empangan Machap, Johor 55.61 peratus
  3. Empangan Sembrong, Johor 54.07 peratus
  4. Empangan Bukit Kwong, Kelantan 37.28 peratus

malaysia1news

Sementara itu, Dr Xavier berkata, dijangkakan beberapa sumber air memerlukan tambahan bekalan air daripada Empangan Beris, Empangan Muda, Empangan Pedu, Empangan Ahning dan Empangan Jus, berikutan aktiviti penanaman padi sedang giat berjalan di kawasan sekitar sehingga April.

Justeru, beliau berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mencadangkan kepada pihak berkuasa negeri untuk mengambil tindakan dengan membuat pelepasan air daripada empangan terlibat secara terkawal.

“Pada masa sama, JPS akan membuat pemantauan dari masa ke semasa dan pelaporan status kemarau dan ramalan pada setiap minggu kepada pengurus air negeri,” katanya.

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular