KUALA LUMPUR: Filem animasi tempatan Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal berjaya mencatat kutipan sebanyak RM5.3 juta, selepas empat hari tayangan.

@upinipinofficial

Memetik Kosmo Online, perkara berkenaan dikongsikan menerusi laman Instagram rasmi @upinipinofficial.

“Terima kasih semua di atas sokongan yang diberikan. Malaysia Boleh!” kongsi akaun Instagram tersebut.

Tidak dinafikan cuti sekolah juga menyebabkan tayangan kegemaran ramai ibu bapa membawa anak-anak mereka untuk menonton filem ini dan sekali gus menambahkan jumlah kutipan.

@upinipinofficial

Melalui tinjauan Kosmo Online di carta Top 10 filem di GSC, filem terbitan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd itu menduduki tangga pertama sekali gus menewaskan filem antarabangsa, Captain Marvel yang berada di tangga kedua.

Rata-rata penonton memang memuji filem itu yang dianggap setaraf dengan animasi Hollywood.

Lebih menarik, apabila jalan ceritanya sangat menarik dan mempelbagaikan elemen termasuk menerapkan budaya Melayu dalam filem tersebut.

yusufultraman.com

Sementara itu Penerbit Les’ Copaque Production Sdn. Bhd Burhanuddin Md. Radzi berharap filem Melayu itu akan menerima respon positif  dalam tayangan di beberapa negara lain.

“Mengikut perancangan, filem itu juga akan ditayang di Vietnam pada 27 April depan diikuti Indonesia pada 9 Mei dan dalam masa sama, kami mengharapkan dapat memasuki pasaran China dan Taiwan,” ujarnya.

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal memulakan tayangan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 Mac lalu.

Filem berkenaan mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan dan telah menelan belanja sebanyak RM20 juta.

Sumber: Kosmo online, Beautifulnara

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN NASIONAL

Video Popular