Tanpa kita sedari, gaya hidup kita sebenarnya boleh meninggalkan jejak pada tubuh badan kita dalam jangka masa yang panjang. Gaya hidup ini termasuklah hobi, pekerjaan, kecederaan lama, atau masalah kesihatan. Dan sementara beberapa perubahan tidak dapat dipulihkan, kita juga boleh berusaha untuk berubah dengan bantuan orang lain, diri kita sendiri, atau dengan bantuan pakar.

Lazimnya, para profesional boleh “melihat” gaya hidup yang sering kita amalkan hanya dengan melihat postur tubuh badan kita. Oleh sebab itulah, melalui entri ini, kami akan berkongsi dengan anda 10 perkara yang boleh memberi kesan terhadap tubuh badan anda.

1. Anda selalu membawa beg di sebelah bahu.

MAVRIXONLINE.COM/EAST NEWS / BIGPICTURESPHOTO.COM/EAST NEWS

Seorang tukang urut yang berpengalaman dapat melihat dengan segera bahawa satu sisi badan anda adalah lebih tegang daripada yang lain. Kebiasaan membawa beg di satu bahu (terutama yang berat) boleh membawa kepada pergerakan tulang belakang dari kedudukan asalnya untuk jangka masa panjang.

Anda juga mungkin akan berasa ketegangan pada bahagian punggung, patella tendon dan paha. Semua perkara ini akan membawa kepada kedudukan pelvis yang luar biasa. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, sebaiknya cuba bawa beg di bahu yang diselang-selikan.

2. Anda pernah hamil.

Depositphotos / Depositphotos

Kehamilan boleh membawa kepada beberapa akibat: selama 9 bulan anda membawa bayi, tubuh anda cenderung untuk berubah. Tendon boleh menjadi lebih lembut di sekeliling pelvis dan di seluruh badan. Perubahan ini mungkin mengambil masa selama beberapa tahun untuk pulih, jadi tukang urut yang baik seharusnya dapat mengesan perubahan semasa lawatan pertama anda. Sesetengah wanita juga akan mendapat sindrom carpal tunnel semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kebanyakan perkara-perkara ini akan hilang dari semasa ke semasa.

3. Anda menghabiskan banyak masa memandu.

Depositphotos / Depositphotos

Posisi seseorang duduk semasa memandu adalah salah: lutut berada di atas paras pinggul, dan bahagian atas badan cederung ke hadapan. Ini menyebabkan ketegangan di bahu dan bahagian bawah badan yang memberi pengaruh buruk untuk bahagian belakang badan dalam jangka masa panjang. Jika anda sering memandu, lakukan satu siri senaman dan beli alas khas untuk kerusi anda.

4. Anda tidur dengan posisi yang salah.

Back Pain Solute

Pakar yakin bahawa kedudukan tidur terbaik adalah dengan berbaring seperti biasa, dan hanya kepala yang harus diletakkan di atas bantal. Seseorang yang tidur meniarap lazimnya akan mengalami sakit leher pada waktu pagi kerana beban berat diletakkan pada tulang belakang, otot menjadi tegang, dan dari semasa ke semasa perkara ini akan membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius, seperti kelengkungan tulang belakang.

5. Anda mengalami kecederaan ketika masih kecil.

Depositphotos / Depositphotos

Akibat beberapa kecederaan yang sangat tipikal, hal ini menjadi sukar untuk menyembunyikannya dari pakar. Sebagai contoh, seseorang yang pernah patah bahagian tulang pinggul, tulang belakang, atau kaki cenderung untuk mempunyai satu kaki yang lebih pendek daripada yang lain. Jadi hanya kerana anda sudah terlupa tentang kemalangan malang yang anda alami ketika anda masih kecil, tukang urut yang berpengalaman pasti akan melihat kesannya dengan segera.

6. Anda terlalu kerap menggunakan telefon pintar.

Depositphotos / Depositphotos

Kita sering lupa untuk mengawal postur tubuh badan ketika sedang sibuk bermain dengan telefon pintar. Apabila melihat telefon pintar, kepala kita cenderung untuk dekat dengan skrin telefon, bahu dinaikkan sedikit, dan otot leher menjadi tegang. Akibatnya, bahagian-bahagian ini cenderung untuk berasa sakit atau tidak selesa walaupun hanya dengan sentuhan.

Selain itu, jika anda menghabiskan banyak masa dalam posisi ini, anda mungkin mempunyai ketidakseimbangan di bahu anda. Cadangan utama untuk pengguna telefon pintar adalah untuk berehat dengan lebih kerap.

7. Anda mempunyai alahan

Depositphotos

Terdapat beberapa bahagian yang sangat sensitif di muka – antaranya terletak berhampiran mata, dahi, dan pipi. Jika anda mempunyai alahan, kawasan ini akan meradang. Tisu di kawasan ini berbeza dari apa yang sepatutnya. Kelenjar limfa berhampiran leher dan dada mungkin menjadi bengkak.

8. Anda banyak bekerja menggunakan komputer.

Bright Side

Bekerja dengan menggunakan komputer selama berjam-jam pada satu masa mempunyai beberapa kesan yang tidak baik pada badan. Pertama, leher dan bahu menjadi sangat tegang. Kedua, bahagian belakang belakang anda berada dalam bahaya, jadi dalam perspektif jangka panjang, orang yang terpaksa menghabiskan sepanjang hari di depan skrin komputer mempunyai ketidakseimbangan pinggul. Ramai orang mengadu tentang ketegangan di kaki dan punggung kerana badan selalu berada dalam kedudukan yang salah.

9. Anda mempunyai masalah pencernaan.

NetDoctor

Ini sangat mudah: apabila anda mengalami sembelit kronik, perut anda berasa sangat pejal, jadi pakar dapat mengesan hal ini sebaik sahaja mereka menyentuh perut anda. Nasib baik, tukang urut boleh membantu anda menyingkirkan masalah ini. Terdapat banyak cara untuk melakukannya.

10. Anda sering menggalas beg yang berat.

Depositphotos / Depositphotos

Menggunakan beg galas mempunyai banyak kesan yang tidak kita ketahui. Ada antaranya yang boleh membawa kepada keadaan kesihatan yang sangat serius, dari penyakit scoliosis hingga ke penyakit kardiovaskular. Tali pada beg galas boleh mendorong bahu anda dan otot-otot di kawasan yang terlibat menjadi tegang sebagai tindak balas kepada tekanan (hal yang sama berlaku untuk wanita yang memakai baju yang sangat ketat). Inilah sebabnya pemilihan beg galas yang sesuai adalah sangat penting. Beg galas yang dipakai harus ketat berada di belakang anda. Lebih baik jika anda mempunyai tali pinggang lain untuk dilampirkan ke pinggang anda – dengan cara ini beratnya akan terbahagi sama rata.

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular