Bukan mudah untuk bergelar seorang doktor lebih-lebih lagi bakal menjadi seorang ibu dalam masa yang sama. Terlalu banyak cabaran yang dihadapi oleh golongan ini untuk menjadikan impian mereka satu kenyataan dan dalam masa yang sama tetap mahu membina keluarga.

Seorang wanita dari Manila, Stefanelle Atienzar Sibuyan menghadapi cabaran apabila dia mengalami sakit untuk bersalin ketika dia sedang menjawab peperiksaan akhir. Peperiksaan akhir tersebut begitu penting kerana akan menentukan kariernya sebagai seorang doktor berlesen.

Sibuyan telah mengambil Peperiksaan Perlesenan Doktor Perubatan atau Physician’s Licensure Examination (PLE) di Kolej Mary Chiles di Sampaloc, Manila pada 11 Mac lalu dan ketika itulah dia mengalami sakit untuk bersalin. Dia telah mengalami pembukaan pintu rahim untuk bersalin sebesar 1 hingga 2 sentimeter sebelum peperiksaannya bermula.

Facebook | Eunice Stefanelle Atianzar Sibuyan

Namun, wanita yang gigih ini terus mengulangkaji dan membaca bahan bacaannya di rumah sambil berbaring.


Facebook | Eunice Stefanelle Atianzar Sibuyan

Dua hari sebelum peperiksaannya bermula, air ketubannya telah pecah tetapi dia tidak memberitahu sesiapa termasuk pasangannya. Pada hari Isnin, dia mula mengalami kontraksi antara 15 hingga 30 minit tetapi dia berjaya menamatkan peperiksaan pertamanya dalam masa satu jam. Sibuyan cuba berehat sambil memeriksa bayinya dan terus berjaga-jaga dengan pergerakan bayi dan denyutan jantungnya.

“Tidak mudah untuk berkelakuan normal dan tersenyum pada pengawas peperiksaan pada masa itu, kerana mereka tidak tahu saya telah mengalami tanda untuk bersalin. Saya mengetahui bahawa tarikh bersalin saya jatuh pada bulan Mac dan PLE jatuh pada minggu pertama dan ke-2. Saya tidak pernah meragui diri sendiri bahawa saya masih boleh meneruskan semua ini,” kata Sibuyan kepada ABS-CBN News pada hari Rabu.

Sibuyan akhirnya melahirkan bayi lelaki yang sangat comel.

Facebook | Eunice Stefanelle Atianzar Sibuyan

“Saya hanya membaca semua soalan peperiksaan sekali dan menjawabnya dengan segera. Mungkin ia campur tangan Tuhan. Saya hanya berfikir untuk menyelesaikan peperiksaan terlebih dahulu supaya saya dapat berehat.”

Akhirnya, Sibuyan menamatkan peperiksaan terakhirnya dalam masa 20 minit sambil mengalami kontraksi setiap 3 minit. Dia menyerahkan segala-galanya dan terus mendapatkan pasangannya yang sedang menunggunya.

Mujurlah terdapat sebuah hospital berhampiran dengan dewan peperiksaan yang membolehkan Sibuyan terus dibawa ke dewan bersalin dan melahirkan anak lelakinya di situ.


Facebook | Eunice Stefanelle Atianzar Sibuyan

Tiga hari selepas melahirkan anaknya, Sibuyan mendapat tahu bahawa dia lulus dalam peperiksaannya! Walau bagaimanapun, bayinya perlu dimasukkan semula ke hospital kerana neonatal sepsis tetapi sembuh tidak lama selepas itu.

Sibuyan dan keluarga kecilnya.


Facebook | Eunice Stefanelle Atianzar Sibuyan

Hi! I'm 1️⃣ week old today. Exactly one week from the time I was born right after mommy's Physician's Licensure…

Eunice Stefanelle Atianzar Sibuyan 发布于 2019年3月18日周一

Status yang dimuat naik ini telah menjadi ‘viral’ di media sosial. Rata-rata pembaca mengucapkan tahniah kepadanya kerana dia bukan sahaja bergelar doktor malah turut menjadi seorang ibu dalam masa yang sama. Tahniah Dr Sibuyan!

Sumber: ABS-CBN News

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular