Ada banyak cara bagi kita untuk mendapatkan kesihatan yang baik, tetapi bukan dengan cara mengikut fikiran sendiri tanpa nasihat seorang yang pakar.

Seorang wanita berusia 51 tahun di China akhirnya dikejarkan ke hospital dan hampir menemui ajal angkara perbuatan sendiri apabila menyuntik dirinya dengan jus buah, sebagai salah satu usahanya untuk menjadi lebih sihat.

BBC News melaporkan pada 22 Februari, seorang wanita bernama Zeng telah mengisar 20 biji buah-buahan yang berlainan jenis dan menuang serta meletakkan campuran itu ke dalam beg intravenous atau IV. Zeng kemudian menyuntik campuran jus buah ini ke dalam saluran darahnya melalui garis IV.

myIV / Gambar Hiasan

Tidak lama selepas itu, Zeng mula berasa gatal-gatal di seluruh badannya. Menurut NextShark, suaminya mula menyedari sesuatu yang tidak kena dan dengan segera telah membawanya ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan.

Walau bagaimanapun, Zeng telah dipindahkan ke hospital lain ekoran keadaannya yang menjadi bertambah teruk. Akhirnya Zeng telah dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) kerana keadaannya yang menjadi lebih serius.

Campuran jus buah itu dikatakan telah merosakkan sistem organ Zeng termasuk paru-paru, buah pinggang, hati dan jantung. Wanita ini hampir maut akibat sepsis tetapi nasibnya baik kerana dengan rawatan yang rapi, dia telah dapat dipulihkan dan akhirnya dibenarkan pulang lima hari kemudian.

pegasuskl / Gambar Hiasan

Satu laporan mendakwa Zeng telah memberi simptom batuk yang palsu kepada seorang doktor, yang kemudian memberinya satu set infusi, yang membolehkan dia mendapat beg IV tersebut yang mengandungi cecair infusi dan mengubahsuainya serta menggantikannya dengan campuran jus buah-buahan.

Menurut Zeng kepada media, dia tidak menyangka dengan menyuntik jus buah-buahan itu, ia mampu memberi kesan yang membahayakan, sambil berkata, “Saya fikir jus buah-buahan segar itu amat berkhasiat dan oleh itu ia tidak membahayakan apabila ia disuntik ke dalam tubuh badan.”

The Guardian / Gambar Hiasan

Nasib baik Zeng telah dapat diselamatkan dan diharap dia mendapat pengajaran daripada tindakannya yang amat berbahaya itu.

Sumber : BBC NewsWorld of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular