Kubis bukan makanan kegemaran kanak-kanak kerana mereka akan menolak sayuran ini dengan menutup hidung kerana berasa tidak puas hati. Tetapi kubis adalah makanan keajaiban. Kubis dipenuhi sifat anti-karsinogenik yang kaya dengan vitamin C dan B6, kalori yang rendah dan anti-radang yang berkesan. Kubis telah menjadi hidangan dengan pelbagai resipi di seluruh dunia sejak berabad-abad lamanya. Fakta menarik menunjukkan Rusia mempunyai penggunaan tahunan per kapita bagi kubis yang tertinggi di dunia.

Tahukah anda bahawa kubis juga boleh menjadi remedi melegakan kesakitan sendi?

Shutterstock

Caranya amat mudah iaitu dengan menghasilkan kubis yang dimampatkan, yang boleh mengurangkan bengkak dan meredakan kesakitan sendi kronik. Kubis juga boleh digunakan untuk merawat kesakitan yang lebih teruk akibat arthritis dan kecederaan sukan.

Resipi ini amat mudah. Tiada kemahiran masakan diperlukan. Ikuti arahan di bawah dalam membuat penyembuh kubis mampat untuk kegunaan seisi keluarga.

Shutterstock

Bahan-bahan.

  • Kubis (sebaik-baiknya kubis merah)
  • Kerajang aluminium
  • Papan pemotong
  • Pencanai (jika anda tidak mempunyai pencanai, tin timah atau botol juga boleh digunakan)
  • Ketuhar atau ketuhar gelombang mikro.

Cara-cara penyediaan.

1. Basuh kubis dengan bersih, kemudian potong batangnya. Letakkan satu helai daun kubis yang besar (satu per mampatan) pada papan pemotong dan tekan serta tolak kuat dengan pencanai untuk mengeluarkan jusnya.

2. Balut daun kubis dalam kerajang aluminium dan perlahan-lahan hangatkan di dalam ketuhar pada suhu rendah selama 2 hingga 3 minit. Seterusnya, letakkan daun kubis di atas kawasan sendi yang sakit pada kulit, dan balut serta ikat dengan ketat menggunakan pembalut luka atau pembalut kasa. Pastikan kubis dimampatkan pada kulit selama satu jam. Sekiranya ia tidak menunjukkan tanda-tanda sensitif pada kulit, kubis mampat ini boleh dibiarkan semalaman.

3. Ulangi proses ini beberapa kali setiap hari, menggunakan daun kubis baru setiap kali. Ciri-ciri anti-radang kubis merah dengan lembut akan melegakan kesakitan sendi. Adakah anda mengenali sesiapa yang mempunyai alergi kepada kubis? Tidak ramai yang mempunyai alergi kubis. Namun begitu, sekiranya anda melihat apa-apa kesan buruk, alihkan mampatan kubis itu dengan segera.

4. Mampatan kubis juga boleh digunakan secara sejuk. Anda hanya perlu menyejukkan kubis di dalam peti sejuk dan tidak memanaskannya di dalam ketuhar. Ikat balutan kubis pada kulit dengan cara yang sama.

Ask a Prepper

Anda juga boleh menambah kubis di dalam diet seharian, disamping mengikatnya pada sendi yang menyakitkan, untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Seperti yang dikatakan oleh para pakar, “Anda adalah apa yang anda makan.” Makan makanan yang menyihatkan, maka hidup menjadi lebih sihat dan cergas!

Menurut pakar dari Healthy House, “Walaupun kubis merah dan hijau baik untuk kesihatan, kubis merah membekalkan sumber nutrisi yang lebih berkesan dan terbaik. Kubis merah mengandungi hampir dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding rakannya, kubis hijau dan ia lebih banyak kandungan vitamin C daripada oren.”

Menurutnya lagi, “Kubis mengandungi fitonutrien yang boleh membantu mengurangkan keradangan kronik. Satu unsur sebatian dalam kubis merah yang mungkin bertanggungjawab ialah sulforaphane yang terdapat dalam banyak sayur-sayuran, yang merupakan pembasmi keradangan terkuat.”

Shutterstock

Ask a Prepper menambah tiga cara remedi menggunakan kubis di rumah seperti di bawah, yang lebih berguna selain melegakan sakit sendi. Ia juga sesuai digunakan bagi kesakitan lain.

1. Bagi pesakit ekzema, kubis mampat boleh digunakan secara langsung pada kulit selama satu jam, untuk melegakan gatal-gatal.

2. Bagi pesakit asma, letakkan empat daun kubis besar yang dimampatkan ke atas dada atau bahu, dalam masa sekurang-kurangnya empat jam.

3. Untuk penghidap arthritis, perahkan segenggam daun kubis besar untuk mengeluarkan jusnya dan tekapkan ia di kawasan yang mengalami kesakitan. Ikatkan dengan ketat, dan biarkan selama beberapa jam.

Sama ada anda suka atau tidak kubis sebagai hidangan makanan anda, kubis itu mempunyai daya penyembuhan yang perlu difikirkan sebagai rawatan alternatif. Anda boleh mencubanya sebagai remedi di rumah jika ingin mengetahui keberkesanannya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular