Buruh asing yang bekerja dalam sektor pembinaan di Malaysia bekerja siang malam semata-mata untuk mencari rezeki. Selain daripada bekerja keras untuk membantu keluarga di negara asal, mereka juga menjalani kehidupan di Malaysia dengan penuh kesederhanaan.

Namun malangnya, majoriti rakyat kita mempunyai pandangan tertentu terhadap golongan pekerja asing ini sedangkan mereka juga manusia biasa yang terpaksa melakukan begitu banyak pengorbanan seperti meninggalkan anak-anak serta isteri demi mencari rezeki.

Twitter/AbedenMung

Justeru, bagi mengubah stereotaip tersebut, seorang jurugambar tempatan yang dikenali sebagai Abeden Mung telah menunjukkan sisi keindahan hidup seorang pekerja asing yang tinggal di bumi Malaysia ini.

Dengan kemahiran dan keghairahan Abeden dalam bidang fotografi, dia telah berjaya menghasilkan gambar potret seorang pekerja pembinaan yang dengan serta-merta membuatkan seluruh pengguna internet berasa kagum!

Twitter/AbedenMung

Menurut Abeden, ketika sedang bersarapan, dia telah melihat pekerja asing tersebut sedang bekerja berdekatan stesen MRT di Jalan Ipoh. Dia kemudiannya terus berasa kagum melihat kecantikan sepasang mata yang dimiliki oleh pekerja berkenaan.

Keesokan harinya, sekali lagi Abeden telah terserempak dengan pekerja yang sama sewaktu dia menikmati sarapan. Justeru, Abeden terus meminta izin untuk mengambil gambar pekerja itu.

Twitter/AbedenMung

“Pada awalnya dia amat malu. Saya perlu mengambil banyak gambar kerana dia tidak tahu mahu pandang ke mana.”

Dengan menggunakan kamera telefon pintar Google Pixel 2 XL, Abeden telah mengambil tujuh hingga lapan kali cubaan sebelum berjaya mendapatkan gambar terakhir yang cukup sempurna…

“Lihat! Cantik kan dia?”

Twitter/AbedenMung

Hasil gambar tersebut yang dikongsikan di Twitter dan juga Instagram telah menular dengan kadar segera di mana majoriti netizen amat memuji wajah milik pekerja buruh tersebut.

“Oh Tuhan, sangat cantik! Bibir, mata dan kulit anda sungguh sempurna.”

“Seseorang tolong dapatkan kontrak permodelan untuk lelaki ini.”

Populariti pekerja buruh tersebut membuatkan Abeden tidak sabar untuk menjalankan kolaborasi bersama bagi menjalankan sesi fotografi secara profesional. Perkongsian ini membuktikan bahawa kita tidak seharusnya mengamalkan sikap ketidakadilan antara sesama manusia.

Twitter/AbedenMung

Jika anda suka dengan hasil kerja Abeden, anda boleh lihat gambar-gambar lain di Instagramnya.

Sumber: World of BuzzTwitter/AbedenMung

Maybe you're interested :

Share

Video Popular