Seekor anjing yang setia dengan pemiliknya baru-baru ini menjadi tajuk sensasi yang tular di media sosial apabila dia membuat percubaan menghalang pengantin lelaki daripada mengahwini pemiliknya.

Anjing itu dengan selamba duduk di hadapan pintu dan enggan berganjak demi memastikan supaya tiada siapa yang boleh memasuki bilik di mana pengantin perempuan iaitu pemiliknya sedang menanti.

Insiden yang amat comel dan menggelikan hati ini berlaku pada 14 Mac yang lalu di Henan, China ketika upacara perkahwinan pemilik anjing ini dengan bakal suaminya sedang berlangsung. Semasa hari perkahwinan itu, pengantin lelaki dan para pengapitnya tiba di rumah pengantin perempuan untuk mengambilnya, tetapi dia tidak dapat memasuki bilik pengantin perempuan apabila anjing milik pengantin perempuan tiba-tiba berkelakuan agak pelik.

Sinchew

Tidak seperti hari biasa apabila anjing ini akan mengalu-alukan kedatangan pengantin lelaki untuk bertemu dengan pemiliknya di rumah itu, tetapi pada kali ini ketika hari besar pemiliknya, dia enggan berbuat begitu. Anjing ini seperti mengetahui majlis perkahwinan pemiliknya sedang berlangsung dan apa yang akan berlaku seterusnya.

Jadi, anjing ini telah bertindak dengan duduk di hadapan pintu bilik pemiliknya dan enggan berganjak walaupun mereka telah berusaha mengalihkannya dari pintu itu. Bapa pengantin perempuan kemudian telah cuba membawa anjing ini ke tempat lain sebanyak dua kali tetapi dia terus berlari di hadapan pintu itu kembali dan menghalang pengantin lelaki daripada memasuki bilik.

Sinchew

Sama ada anjing ini tidak mahu pemiliknya pergi mengikut pengantin lelaki atau cuba melindunginya dari semua orang yang tidak dikenali, aksinya itu amat melucukan mereka yang berada di situ semuanya berasa geli hati apabila menyaksikan sendiri kelakuan anjing yang amat comel tetapi degil ini.

Akhirnya, anjing ini terpaksa juga dialihkan bagi membolehkan pengantin lelaki membawa keluar pengantin perempuan. Selepas majlis perkahwinan telah berjalan dengan lancar, pemilik anjing ini mendedahkan mereka telah bersama selama 7 tahun dan anjing ini sebenarnya bukanlah jenis anjing yang berani. Anjing ini amat pengecut sehingga bunyi mercun pun akan membuat dia menggigil.

Sinchew

Akan tetapi, entah mengapa tiba-tiba pada hari itu anjing ini menjadi luar biasa berani sehingga sanggup meredah bunyi mercun lalu duduk dengan selamba dan degil di hadapan pintu bagi tujuan menghalang upacara perkahwinan. Apabila mengetahui reaksi anjingnya yang mengagumkan pada hari perkahwinan itu, pemilik anjing ini berasa amat tersentuh dengan kesetiaan yang telah ditunjukkannya.

Walaupun majlis perkahwinan pada hari itu sedikit tergendala angkara reaksi anjing ini, tetapi semua orang kini mengetahui kelakuannya itu hanya kerana dia anjing yang baik dan setia.

Gelagat anjing itu cuba menghalang pintu bilik pemiliknya:

Sumber : Sinchew, Laughing Incredible/Youtube

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular