Kerja-kerja pembersihan rumah memang cukup merumitkan lebih-lebih lagi bagi anda yang memang pembersih. Namun ada caranya untuk membersihkan rumah tanpa perlu bersusah payah dengan memanjat setiap sudut rumah hanya untuk membersihkan habuk.

Contohnya seperti lemon. Anda boleh menambahkan jus lemon berserta bahan lain untuk memutihkan pakaian yang semakin lusuh dan berwarna kuning.

Mari lihat dan pelajari 10 tips pembersihan untuk menjadikan rumah anda bersih bersinar-sinar tanpa perlu berbelanja lebih!

1. Putihkan semula bantal anda yang telah menguning dengan mudah

depositphotos.com , depositphotos.com

Bantal putih yang bertukar ke warna kuning kelihatan sungguh menggelikan dan pasti tiada siapa yang mahu menggunakan bantal tersebut untuk tidur. Mujurlah ada kaedah mudah untuk membersihkannya.

Bahan-bahan yang anda perlukan ialah sabun basuh pakaian, sabun basuh pinggan dan borax (serbuk putih yang digunakan untuk membuat gelas dan produk pembersihan).

Caranya ialah, periksa jenis bantal anda adakah bantal tersebut boleh dibasuh? Jika ya, buka sarung bantal. Masukkan air mendidih ke dalam bekas besar dan masukkan sabun basuh pakaian, sabun basuh pinggan dan 1/2 cawan borax ke dalam air tersebut. Kacau sehingga sebati.

Tuang campuran ini ke dalam bekas yang lebih besar dan rendamkan bantal tersebut. Masukkan 1 cawan peluntur. Biarkan bantal anda terendam di dalam campuran tersebut selama 30 minit. Jangan lupa untuk membalikkan bantal tersebut setiap 15 minit. Selepas itu, bolehlah anda membasuh bantal tersebut di dalam mesin basuh.

2. Tanggalkan kotoran degil daripada permaidani dengan menggunakan seterika

byjillee

Bahan-bahan yang diperlukan ialah ammonia, air panas, botol penyembur, tuala bersih dan seterika.

Cara untuk menanggalkan kotoran degil daripada permaidani ialah mula-mula panaskan seterika anda. Kemudian, campurkan 1 bahagian ammonia dengan 1 bahagian air panas ke dalam bekas penyembur dan kacau sehingga sebati.

Sembur campuran tersebut ke bahagian permaidani yang kotor dan letakkan sehelai kain bersih di atasnya. Letakkan seterika panas di atas tuala tersebut dan gosok tuala secara perlahan untuk mengelakkan permaidani rosak.

Sembur lagi campuran tersebut pada bahagian kotor yang sama dan ulang langkah tersebut. Mungkin anda memerlukan beberapa helai tuala, bergantung pada bagaimana sukarnya kotoran itu hilang.

3. Hilangkan kotoran pada tapak paip anda dengan menggunakan cuka

cuteasafox.com

Lelehan air yang keluar daripada paip boleh mengakibatkan pembiakan bakteria jika tidak dibersihkan. Cara untuk membersihkannya ialah rendam tuala dapur dalam bekas yang berisi cuka. Balut tapak paip dengan tuala tersebut dan biarkan selama 30-60 minit sebelum anda membilas tapak paip tersebut dengan air bersih.

4. Tanggalkan kesan peluh yang terdapat pada pakaian berwarna putih

depositphotos.com ,  depositphotos.com ,  depositphotos.com

Pakaian berwarna putih kegemaran anda ada kesan peluh? Jangan buang dahulu! Ada cara untuk menanggalkan kesan peluh yang terdapat pada pakaian berwarna putih. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah sabun basuh pinggan, baking soda dan hydrogen peroxide.

Caranya ialah campurkan 1 bahagian sabun basuh pinggan pada 2 bahagian hydrogen peroxide di dalam sebiji mangkuk. Sapukan campuran ini pada kesan peluh yang terdapat pada pakaian dan taburkan sedikit baking soda di atas pakaian tersebut.

Berus bahagian kotor tersebut dengan berus pakaian dan biarkannya selama satu jam. Selepas itu basuhlah seperti biasa.

5. Bersihkan kepala pancuran dengan menggunakan cuka

organizirajtese

Untuk pembersihan secara tetap, masukkan pancuran ke dalam beg berzip yang berisi cuka dan rendam selama 30-60 minit.

Selain itu, anda juga perlu menanggalkan semua bahagian pancuran dan rendamkannya di dalam cuka untuk menghapuskan bakteria. Lakukannya sebanyak dua kali dalam setahun.

6. Hapuskan bau busuk daripada sampah anda dengan menggunakan kiub cuka lemon beku

byjille

Letakkan sedikit lemon dan cuka ke dalam bekas kiub. Bekukan campuran tersebut. Apabila telah beku, ambil dan letakkan kiub tersebut ke dalam beg plastik sampah untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.

7. Bersihkan dapur gas anda agar kelihatan seperti baharu dibeli

depositphotos.com

Ambil beg berzip dan masukkan ammonia. Masukkan bahagian dapur gas yang kotor dan zipkan beg tersebut. Biarkan beg tersebut semalaman.

Keesokan pagi, anda akan dapati beg tersebut dipenuhi dengan kotoran daripada dapur gas tersebut. Tanggalkan beg tersebut dan basuh dapur gas tersebut dengan menggunakan span bersabun.

8. Putihkan pakaian anda tanpa menggunakan bahan peluntur

byjillee

Terdapat cara untuk memutihkan semula pakaian yang kelihatan kuning atau kelabu tanpa menggunakan bahan peluntur.

Caranya ialah campurkan 12 cawan air, 1/4 cawan jus lemon dan 1 cawan hydrogen peroxide ke dalam satu bekas besar. Setiap kali anda hendak mencuci pakaian berwarna putih, masukkan campuran ini.

9. Bersihkan kipas berhabuk dengan menggunakan sarung bantal supaya rumah tidak bersepah dengan habuk

homemakerchic.com

Bukan mudah untuk membersihkan habuk pada kipas dan habuk lebih mudah terbang ke sekitar rumah. Namun usah bimbang kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Gunakan sarung bantal lama ketika anda hendak membersihkan kipas yang berhabuk. Sarung bantal itu akan membantu anda ‘menangkap’ semua habuk daripada berterbangan ke sana sini.

10. Tanggalkan kesan kotoran pada papan pemotong anda dengan hanya menggunakan cuka dan garam

thepioneerwoman

Tidak sukar untuk membersihkan papan pemotong sebenarnya. Caranya ialah taburkan garam di atas papan pemotong dan gosokkan papan tersebut dengan menggunakan lemon yang telah dipotong kepada dua bahagian.

Selain itu, anda juga boleh menanggalkan kesan kotoran pada papan pemotong dengan cara perahkan jus lemon di atas papan pemotong dan gosok papan tersebut dengan mengguanakan kulit lemon. Kemudian, jemur di tempat panas untuk beberapa jam. Selepas itu, basuh papan pemotong tersebut dengan sabun.

Dengan adanya tips pembersihan seperti ini, kerja-kerja pembersihan bukan sahaja menjadi lebih mudah malah anda tidak perlu berbelanja lebih. Selamat mencuba!

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular