Jimmy Gilleece adalah pemilik Jimmy’s di Wrightsville Beach. Pada bulan Mac 2018, seorang wanita dari New Mexico kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup di bar tersebut: dompet yang mengandungi cincin perkahwinannya di dalamnya.

“Dia terpaksa terbang pulang pada keesokan harinya dan cincin perkahwinannya tidak dapat dijumpai. Jadi dia menjadi panik, ” Gilleece memberitahu WWAY.

 

View this post on Instagram

 

Big thanks to @ilmsharks, @timhelpsheroes and @dellandandy for all the love last night. We had a blast! Y’all are awesome! #gosharks

A post shared by Jimmy’s Wrightsville Beach (@jimmyswrightsvillebeach) on

Disebabkan itu, Gilleece memutuskan untuk berusaha untuk mencari pencuri cincin tersebut. “Ia menjadi misi saya,” kata Gilleece kepada CBS News.

Gilleece tidak dapat mencari dompet tersebut di dalam barnya, jadi dia kemudian melihat rakaman kamera keselamatan barnya untuk mencari petunjuk.

Setelah menghabiskan kira-kira tiga jam untuk menonton kembali kesemua rakaman kamera keselamatan barnya, Gilleece akhirnya mendapat petunjuk. Seorang lelaki duduk di bangku kelihatan mencurigakan mendekati dompet dan mengambilnya.

Gilleece kemudian menggunakan Facebook untuk menjejaki pencuri tersebut, dan menakjubkan, pencuri tersebut menyerah diri. Pencuri tersebut adalah seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

“Kisahnya adalah dia hanya mengambil wang di dalam dompet itu kerana dia tidak makan selama dua hari dan dia membuang dompet yang berisi cincin tersebut di jeti awam,” kata Gilleece.

Gilleece dan remaja tersebut, Rivers Prather, berharap dapat menjumpai kembali cincin perkahwinan tersebut.

“Apabila saya mengetahui terdapat cincin perkahwinan di dalam dompet tersebut, saya mahu mendapatkannya kembali dan dipulangkan semula kepada pemiliknya. Cincin perkahwinan adalah barang istimewa yang anda perlu risau jika kehilangannya,” kata Prather.

Cuba membantu pemilik cincin tersebut dan Prather, Gilleece kemudian menghubungi penyelam untuk mendapatkan bantuan.

“Dia merupakan gelandangan yang tidur di sekitar taman-taman,” kata Gilleece. “Saya berasa kesian kepadanya dan saya tidak mahu dia ditangkap. Seperti yang dikatakan dia hanya seorang budak lelaki. Saya bertanya kepadanya ‘anda 100% pasti bahawa cincin itu berada di sana?’ Dia berkata ‘ya.’ Jadi saya berkata ‘baik saya akan mengupah beberapa penyelam.’ ”

Untuk membantu penyelam mencari dompet itu, Prather melemparkan batu di jeti awam berkenaan, sama seperti bagaimana dia melemparkan dompet itu.

“Lima minit kemudian penyelam timbul semula ke permukaan dengan dompet itu,” kata Gilleece. “Saya hanya melihat Prather dan berkata, ‘Cincin tersebut patut berada di dalamnya.'”

“Dan ternyata apa yang dikatakannya adalah benar,” kata Gilleece.

Walau bagaimanapun, kisah ini belum berakhir begitu sahaja. Selepas membantu wanita yang kehilangan cincin tersebut, Gilleece mula membantu remaja tersebut menjalani kehidupannya.

Prather telah tersisih dari ibunya dan sendirian di jalanan. Gilleece percaya bahawa apa yang telah dilakukan oleh Prather adalah akibat terdesak dan bukannya jenayah.

“Dia sebelum ini tinggal di hutan dan dia tidak makan selama dua hari. Saya dapat merasakan bahawa dia bukan seorang penjenayah.”

Gilleece cuba untuk mengubah kehidupan Prather dan membawa tinggal bersama keluarganya. Selain itu, apabila wanita dari New Mexico menyedari apa yang telah berlaku, dia menarik balik tuduhan terhadap remaja tersebut. Prather sangat bersyukur apa yang dilakukan oleh Gilleece untuknya.

Prather juga mula membantu Gilleece di bar. Bagi Prather, apa yang dilakukan oleh Gilleece adalah sesuatu yang telah mengubah kehidupannya.

“Saya fikir terdapat alasan di sebalik apa yang telah berlaku. Kehidupan saya pasti berbeza. Saya mungkin masih tidur di jalanan jika saya tidak bertemu Jimmy. Saya sangat beruntung bertemu Jimmy,” kata Prather.

Sumber:

Maybe you're interested :

Share

Video Popular