Pada suatu pagi, JP Brammer yang sedang berehat di rumah terdengar bunyi bising yang aneh di luar pintu rumah pangsapurinya.

Brammer, merupakan seorang wartawan yang berpangkalan di New York, pergi ke pintu rumahnya untuk melihat apa yang membuat bising itu dan mendapati sesuatu yang tidak dijangka.

“Ketika saya mengintai melalui lubang mata di pintu, saya melihat dua ekor anjing dan seekor kucing,” kata Brammer kepada The Dodo.

“Saya pernah mendengar anjing-anjing ini sebelum ini kerana mereka tinggal di rumah atas saya, tetapi kebanyakannya pada waktu malam,” tambah Brammer. Pada ketika itu Brammer tahu sesuatu yang pelik dan menarik akan berlaku.

Brammer memuat naik video dia berinteraksi dengan ‘kumpulan pelawat’ yang tidak dijangka. “Ada seekor kucing dan dua anjing mengetuk pintu pangsapuri saya?” Brammer tulis di Twitter.

Apabila Brammer membuka pintu, kedua-dua anjing itu bersungguh-sungguh menggoyangkan ekor mereka, dan berkelakuan baik. Walau bagaimanapun, kucing tersebut mempunyai rancangan lain.

Tanpa disedari kucing berbulu oren itu melepasi Brammer dan dengan gembira menggosok dirinya di perabot. Tidak lama kemudian menjadi jelas kepada Brammer bahawa mereka tidak berniat untuk kembali ke rumah mereka – tetapi dia gembira kerana dapat meluangkan masa dengan haiwan-haiwan yang ramah itu.

“Saya selalu meminta izin sebelum menyentuh atau mengusap haiwan peliharaan rakan saya,” kata Brammer. “Tetapi mereka sangat ramah dan mesra, saya tidak dapat menahan diri daripada membelai mereka. Saya teruja bersama dengan mereka, pada masa yang sama berharap pihak yang bertanggungjawab akan muncul tidak lama lagi.”

Nasib baiknya, Brammer dapat menjejaki rumah mereka: “Pintu rumah di atas mempunyai terbuka luas di mana mereka dapat keluar dari rumah itu,” tulis Brammer di Twitter. “Saya membawa anjing-anjing ke dalam rumah mereka kembali.”

Dengan anjing selamat di rumah, Brammer masih mempunyai satu teka-teki yang perlu diselesaikan: bagaimana untuk memujuk kucing yang tidak dapat dikendalikan pergi ke tingkat atas.

Tetapi beberapa minit kemudian, bunyi di luar pintu menarik perhatiannya. Dua ekor anjing tersebut datang kembali ke rumahnya.

Brammer menyedari bahawa anjing-anjing itu mengetahui cara membuka pintu rumah mereka, membolehkan mereka datang dan pergi sesuka hati.

Risau anjing-anjing itu akan melarikan diri keluar dari bangunan pangsapuri itu, Brammer menerima hakikat bahawa dia perlu menjadi pengasuh untuk hari itu.

“Salah seekor anjing yang kembali ke rumahnya …. terkunci dirinya di dalam,” kata Brammer di Twitter, “jadi sekarang ada seekor anjing di lorong, seekor di rumahnya, dan seekor kucing di rumah saya.”

Brammer dalam kelaparan kerana terperangkap di rumah pangsapurinya. Namun, akhirnya pada 1 petang, pemilik haiwan-haiwan tersebut pulang ke rumah.

Sumber: @jpbrammer|Twitter, The Dodo

Maybe you're interested :

Share

Video Popular