Pasangan jururawat yang bercuti ke Boracay, sebuah pulau kecil di Filipina, tidak menjangka bahawa mereka akan menyelamatkan nyawa seseorang!

(Boracay) Wikimedia Commons

Louisa Jenkins dan Justine Navara yang sedang bersantai di tepi pantai dan menjemur di bawah sinaran matahari mendengar seseorang sedang lemas.

Lelaki itu dilaporkan sedang berada di laut di atas papan luncurnya. Dia tergelincir daripada papan luncurnya dan kepalanya terhentak papan luncurnya itu.

JP Liwag Kabigting|Facebook

Louisa dan Justine benar-benar terkejut dan segera bergegas ke tempat kejadian untuk membantunya! Tidak ada penyelamat yang berada berdekatan ketika itu, jadi Louisa menggunakan kemahirannya untuk menyelamatkan nyawa lelaki itu.

JP Liwag Kabigting|Facebook

“Kami melihat lelaki tersebut dibawa ke tepi pantai, teman wanita saya dengan segera bergegas untuk membantu. Kami melihat dia tidak sedarkan diri dan teman wanita saya segera melakukan bantuan pernafasan (CPR),” kata Justine kepada ABS-CBN News.

Pengawal pantai di tempat kejadian meminta bantuan daripada penyelamat, tetapi ketika dia tiba, Louisa telah pun melakukan bantuan pernafasan (CPR) kepada lelaki tersebut.

JP Liwag Kabigting|Facebook

Justine menegaskan kepada orang ramai supaya mempelajari cara bagaimana untuk melakukan bantuan pernafasan (CPR) kerana ia adalah sangat berguna ketika kecemasan.

“Lebih baik jika orang lain juga tahu bagaimana melakukan bantuan pernafasan (CPR) walaupun mereka tidak berada dalam bidang perubatan. Sekiranya perkara seperti ini terjadi lagi kita dapat membantu dengan cepat jika ramai orang mempunyai pengetahuan tentang bagaimana melakukan bantuan pernafasan (CPR),” kata Justine.

Kejadian tersebut dirakam oleh JP Liwag Kabigting, yang berkongsi rakaman tersebut di Facebook.

JP Liwag Kabigting|Facebook

Dia juga bercakap tentang kekurangan penyelamat di tempat tumpuan pelancong, dan berkata pos pasukan penyelamat terdekat adalah sekitar 500 meter dari tempat kejadian.

JP Liwag Kabigting|Facebook

Justine menambah, jika situasi yang sama berlaku lagi, penyelamat yang berada jauh akan lambat untuk bertindak balas tepat pada waktunya, kerana mereka mungkin tidak menyedari apa yang sedang berlaku.

Sumber: ABS-CBN NewsJP Liwag Kabigting|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular