Konsep penerimaan sosial terpakai untuk sesiapa sahaja, di mana seseorang itu perlu mengikut apa yang menjadi norma di dalam sesebuah komuniti agar diri mereka diterima. Begitu juga dengan golongan remaja, dan jika mereka rapat, mereka akan rapat seperti adik-beradik.

Itulah yang terjadi kepada sekumpulan pelajar sekolah tinggi di Toledo, Ohio yang sanggup melakukan apa sahaja untuk rakan mereka.

Mereka semua merupakan anggota pasukan sofbol, Waite Lady Indians di mana mereka juga difahamkan mempunyai kumpulan aplikasi sembang di telefon.

Semuanya baik-baik sahaja sehinggalah mereka perasan bahawa terdapat seorang rakan dalam kumpulan mereka tidak aktif membalas mesej dalam kumpulan sembang berkenaan. Jadi, mereka memutuskan untuk membetulkan keadaan itu.

Sebenarnya rakan mereka itu mengalami kerosakan pada telefonnya dan tidak mampu untuk menggantikannya dengan yang baru. Oleh kerana itulah, dia tidak dapat membalas mesej-mesej di kumpulan sembang mereka.

Apabila rakan sepasukannya tahu akan masalahnya, mereka mahu membuat kejutan padanya dengan membeli telefon baru untuknya. Ketika salah seorang daripada rakannya ingin memberi kejutan itu padanya, jurulatih pasukan mereka sempat merakamkan kejadian itu.

Waite Lady Indians Softball|Facebook

Ketika dia melihat saja kandungan di dalam beg itu, dia tersenyum sambil berkata, “Betulkah ini? Kamu tidak bergurau kan?” Dia hanya tersenyum untuk beberapa ketika mengenangkan pengorbanan yang dibuat oleh rakan sepasukan untuknya.

Waite Lady Indians Softball|Facebook

Mereka bukan sahaja memberikan telefon baru untuknya, bahkan ia turut meliputi yuran pengaktifan dan perkhidmatan untuk sepanjang tahun persekolahan. Seronoknya!

Jurulatih mereka memuat naik video berkenaan ke laman Facebook dengan tulisan, “Inilah sebab mengapa saya malas untuk melayan mereka yang sering bertanya mengapa saya suka mengajar dan menjadi jurulatih di sekolah. Mereka itu langsung tidak sedar betapa hebatnya para pelajar.”

Ribuan pengguna telah menyaksikan rakaman itu dan berasa kagum dengan kesanggupan para remaja tersebut untuk membantu rakan mereka.

Waite Lady Indians Softball|Facebook

“Terima kasih kerana kemurahan hati dan belas kasihan yang ditunjukkan oleh kalian. Juga, terima kasih juga kepada ibu bapa kalian kerana telah mendidik nilai tersebut pada kamu semua,” tulis seorang pengguna. Ada juga yang menawarkan diri untuk membayar kos perkhidmatan talian.

Sememangnya, rakaman video itu menunjukkan makna sebenar untuk berada di dalam satu kumpulan. Mereka semua merupakan insan yang hebat kerana memastikan setiap satu daripada mereka tidak berasa ditinggal atau disisihkan. Ayuh saksikan video mereka di bawah:

Sumber: InspireMoreWaite Lady Indians Softball|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular