KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan kerajaan dalam membantu mahasiswa yang terpaksa mengikat perut di universiti.

Perdana Menteri berkata, ia termasuk menyediakan makanan lengkap kepada golongan itu jika mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi.

Sinar Harian

 

 

Gambar Hiasan/YouTube

Pada Ahad lalu, Berita Harian telah menyiarkan laporan eksklusif  mendedahkan sebilangan pelajar Universiti Malaya (UM) yang terpaksa mengikat perut dengan hanya makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung kepada sebuku roti untuk bekalan dua hari akibat kekangan kewangan.

Selain itu, pelajar di UM turut terpaksa duduk bersesak dalam rumah sewa sehingga sembilan orang untuk menjimatkan perbelanjaan.

 

Gambar Hiasan/Libcom.org

Susulan pendedahan Berita Harian itu, Kementerian Pendidikan akan merangka dan menambah baik program bantuan terkini termasuk bekerjasama dengan pihak universiti.

Malah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga memutuskan untuk memperluaskan program Foodbank Malaysia kepada golongan mahasiswa susulan laporan itu.

Sumber : Berita Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular