Ruang kerja yang cantik dan kemas memainkan peranan penting, kawasan yang tersusun pasti membuatkan idea mencurah dalam menyiapkan tugasan tidak kira kepada pelajar mahupun individu yang telah bekerjaya.

Jika anda mencari-cari ruang kerja yang sesuai, kini DNA, sebuah tempat yang menyediakan fasiliti lengkap menawarkan ruang kerja yang moden sesuai untuk mengadakan perbincangan, dan dijadikan tempat bekerja.

Selain itu, DNA juga turut perkhidmatan untuk printing, scanning bagi memudahkan urusan di pejabat.

Lebih menarik, turut disediakan Wifi secara percuma kepada pengguna dan juga menyediakan makanan ringan dan minuman.

Kini, dengan adanya ruang bekerja ini, mereka boleh membuat kerja atau melakukan perbincangan secara berkumpulan dengan lebih selesa tanpa mengganggu mana-mana pihak.

DNA yang terletak di Bangi, Selangor itu mula beroperasi 18 Mac lalu selepas pemiliknya, @fabzunicorn memuat naik satu tweet untuk mempromosikan bisnes terbaru keluarganya ini.

Tweet tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai pelajar serta pengguna Twitter yang lain untuk melihat secara dekat perkhidmatan yang ditawarkan DNA.

Malah, tweet berkenaan berjaya meraih sebanyak 30 ribu retweets ketika artikel ini ditulis.

Ruang kerja yang berkonsep moden tersebut menawarkan promosi untuk bulan pertama dan kedua beroperasi dengan tawaran harga RM7/jam.

Namun bagi mahasiswa dan pelajar yang berkunjung pula ditawarkan dengan harga yang lebih murah iaitu RM5/jam.

Manakala jika anda ingin berada di sana sepanjang hari, harga yang dikenakan hanyalah RM25/hari, tentu amat berbaloi.

Kini mereka yang berada di sekitar Bangi tidak perlu bimbang lagi jika mahu mengadakan perbincangan atau kelas dalam kuantiti yang kecil kurang daripada 50 orang kerana boleh terus mengunjungi DNA yang terletak di 8-23-03 (tingkat 2), Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.

Sumber: Say.com, maryam/Twitter

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular