Sebelum ini, seekor anjing baka Staffordshire bernama Snoop hidup dalam kesunyian dan mungkin Snoop merupakan anjing tersunyi di dunia. Hal ini kerana, pemilik lamanya telah meninggalkannya bersama-sama barangan Snoop di tepi jalan.

Apa yang menyedihkan, daripada rakaman CCTV mendapati Snoop mengekori sahaja kereta tuannya yang bergerak meninggalkannya, di mana ia jelas sekali menunjukkan bahawa dirinya berasa sangat sedih kerana dibiarkan hidup tanpa tuan di jalanan. Rakaman itu dengan pantas tular di media sosial menjadikan ramai orang berasa kasihan padanya.

Setelah kisahnya menjadi tular, akhirnya ia menjadi sebab untuk dirinya tersenyum dan gembira. Hal ini kerana, Snoop telah diambil untuk dibela. ‘Bapa’ barunya, Laurence Squire berasa sungguh bertuah dan gembira kerana dapat membawa pulang dan membela Snoop di rumah mereka.

“Pada suatu hari saya sedang menonton berita dan ketika itulah kisah Snoop muncul. Apa yang berlaku padanya sangat menyedihkan dan jelas terpampang di rakaman CCTV bahawa Snoop cuba untuk mengikuti kereta yang lalu lalang. Sememangnya Snoop merupakan anjing yang setia”, kata Laurence.

Seorang penyelamat daripada RSPCA yang menyelamatkan Snoop berkata bahawa anjing itu memang sangat setia dan terdedah untuk mengalami keresahan akibat perpisahan.

Snoop kini lebih beruntung kerana bapa barunya bekerja dari rumah, maka mereka mempunyai lebih banyak masa bersama untuk diluangkan.

Setelah beberapa minggu tinggal bersama keluarga baru, hidup Snoop kini ternyata berubah menjadi lebih bahagia dan sempurna.

Wakil RSPCA, Rachel Butler berkata bahawa Snoop nampaknya sangat selesa dengan keluarga barunya ketika dia melawat Snoop di rumah mereka. “Kasih sayang dan perhatian yang diberikan padanya oleh Laurence adalah sangat indah. Snoop hidup seperti seorang raja sekarang”, kata Rachel.

Snoop kini bebas berbaring, bermain dan berlari sama seperti anjing-anjing yang lain. Tetapi, Snoop masih tidak boleh membiarkan ‘bapanya’ berjauhan daripadanya.

“Saya rasa Snoop merupakan anjing yang sempurna untuk saya dan saya juga memberikannya rumah yang selayaknya untuk Snoop. Sebaik sahaja Snoop masuk rumah saya buat pertama kalinya, Snoop melompat di atas sofa. Mungkin Snoop menandakan bahawa ia merupakan ruang miliknya. Snoop juga gemar berbaring di atas sofa dan akan datang mendekati ruang pendiangan jika saya menyalakannya”, akhiri Laurence.

Sumber: The Dodo, Daily Mail/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular