Seorang penunggang GrabFood di Singapura berkongsi bagaimana makanan yang dibatalkan oleh pelanggan membawa pengalaman yang menyentuh hati.

Pada 16 Mac, Nur Mamat telah memaklumkan dalam kumpulan Facebook GrabFood Delivery Rider Singapore bahawa pelanggan telah memasukkan alamat yang salah apabila dia membuat pesanan.

Oleh kerana penunggang itu terlalu jauh dari lokasi pelanggan, Grab mengarahkan penunggang untuk membatalkan pesanan itu, yang merupakan beg kertas yang penuh dengan makanan dari McDonald’s.

Nur Mamat|Facebook

Tidak mahu membazirkan makanan tersebut, penunggang itu mencari seseorang yang memerlukan untuk memberikannya. Beliau menemui seorang lelaki tua duduk di tengah-tengah longgokan beg sampah.

“Nasib baik bagi saya, Tuhan membawaku menemui seorang pak cik berusia 76 tahun ini yang saya lihat di kawasan Serangoon Central,” tulisnya.

Nur Mamat|Facebook

“Wah… banyaknya makanan sedap. Saya tidak berani untuk membeli makanan yang mahal seperti ini,” kata pak cik berusia 76 tahun itu kepadanya.

Nur Mamat|Facebook

Nur Mamat berkata hatinya tersentuh apabila melihat lelaki tua itu dengan gembira menjamah makanan tersebut.” Kata-kata yang terkeluar daripada mulutnya itu sangat menyentuh hati saya,” katanya.

Tindakan Nur Mamat tersebut telah mendapat pujian daripada orang ramai:

Nur Mamat|Facebook

Sumber: SAYSNur Mamat|Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular